Tuesday, 21 October 2014

Asparagus goreng udang belacan

Happy Deepavali!!! Sukanyaaa.. Ye la, cuti kan, mesti la suka. Hari ni boleh la luangkan sedikit masa menconteng blog kejap. Hurmmm, semenjak mengandung lagi ni, rasanya selera pun berubah. Nak makan tu la, nak makan ni la. Rasanya semua benda nak try masak. Tapi yg bgusnya tu, perasaan nak mencuba dan kerajinan memasak tu bertambah la pula. K la, hari ni nak share resepi Asparagus goreng udang belacan. Asparagus ni dapat dari Kundasang, kirim kat sorang kawan yg bercuti kt sana. Hubby dia ikut Climbathon, so terus bawa family dia bercuti. Sebenarnya harga asparagus fresh ni memang mahal. Walaupun dekat kundasang ada tanam, tapi harga seikat masih rm15 tau. Nasib baik la kawan yang tolong beli ni pandai dalam bab tawar-menawar. Almaklumlah, orang yang nak makan ni kan mengandung. Beli 2 ikat, dapat la hrga rm20. Thanls Felny. Next week nak kirim brokoli dan kubis bunga segar pla. Tuk buat paprik. Hehehe..
Ni nak share resepi yang dicilok dr google. Xingat penulis dia.

Asparagus goreng udang belacan

Bahan-bahan:
Asparagus - potong bahagian pucuknya yang lembut
Udang saiz sederhana - buang kulit dan belah belakang
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk / kisar:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
belacan sebesar ibu jari
7 biji cili kering

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan udang dan gaul sebati. Biarkan udang sehingga masak.
3. Masukkan asparagus dan tutup kuali selama 1 minit supaya sayur asparagus masak dan warna hijaunya kelihatan cantik.
4. Buka penutup kuali dan taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
5. Gaul sekali dua, dan padamkan api dapur.
6. Asparagus Goreng Udang Belacan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Actually ni la first time merasa asparagus ni. Rasanya tak de la sedap sgt. Bagi aku sedap lagi Sabah Vege (sayur manis). Rasa dia lebih kurang mcm rasa sayur pakis, tapi ada lain cket la. Sedap lagi sayur pakis. Tapi demi nak merasa, dan dah mengidam, kira boleh la.. Bagi yang masih belum mencuba, try la. Heheheehe.. Selamat mencobaaaa!

Laksa simple, bg org malas dan baru belajar..

Raya aji tahun lepas ktorang xbalik kampung. Hubby kena keja raya kedua. Shift pagi pla tu. Kesian pla nak tinggal dia sengsorang kat uma. Pastu yang paling best, roadtax dan insurans kete pla dah mati. Aiyoooooyooo, malang sungguh nasib. Tapi its ok la, bukan ktorang je xblk kg beraya, my sister 2 org pun beraya kt cni jg. Juadah raya tu simple jer.. Alaaa, mkn utk ktorg2 jer.. Tp raya ke 2 tu ktorang g picnic kat pantai. Aku buat la laksa, makanan pebret mr.husband. So mlm sblm raya tu, dah beli barang siap2. Raya ke 2 senang, tinggal nak masak jer. Resepi ni dikongsi dari sorg kawan yg selalu bt laksa. Mekasih kak nor. Mungkin tak sesedap yang dia buat, tapi kalau mr.hubby suka, rasanya boleh kalah master chef malaysia. Hehehe.. Perasan lebey..
K, ni nk share resepi laksa yang paling simple dan yang paling mudah nak buat. Khas buat org yg baru belajar dan malas masak.

Bahan-bahan

Ikam kembung sekilo
Bunga kantan dibelah 4 (klu suka makan blh letak byk)
Bawang merah 5 biji diblender
Daun kesum dicampur waktu masak (kalau suka boleh letak byk)
Lada kering diblender, tapis ambik airnya jer
Asam keping (secukupnya, klu xckup asam bukan laksa la namanya)
Belacan sedikit
Mee laksa (xkisah jenama apa)

Bahan untuk hiasan
-Telur rebus dibelah 4
-Bawang besar dihiris
-Lada besar
-Nenas
-Limau
-cili padi

Cara membuatnya
-rebus ikan dengan asam keping
-Ambik isi ikan dari tulang, blender
-Blender tulang segala kepala hingga bersih. Tapis dan ambik airnya
-Masukkan isi ikan dan air tapisan tadi ke dalam periuk, panaskan, masukkan semua bahan. Biarkan mendidih dan tambah perisa secukupnya. Jika kuah laksa tu terlalu pekat, boleh la ditambh air. Rebus mee laksa, pastu bolehlah dihias dengan bahan-bahan hiasan. Jangan lupa letak kuah laksa sekali. Sedap dimakan masa panas.
Simple kan.. Xbyk bahan dan xkompkeks sgt. Amatur pun boleh buat. Heehe... Selamat mencuba..


Tu dia gmbar kuah laksa yg aku buat masa raya lalu. Xbanyak daun kesum dan bunga kantan sebab org Sabah xsuka sangat mkn benda tu. Dorg kata bau pesisang. 

Friday, 3 October 2014

Begedil ayam

Assalamualikum wbt..
Sedar tak sedar esok dah raya aidil adha. Sedihnya.. Ni la 1st time aku sambut raya di kota bersama suami dan anak. Raya ahad, senin ni hubby shift pagi. So xyah balik la.. Tadi dah call mak kat kg, alhmdulillah dia faham. Nanti ai bankin kan duit raya mak ye.. Maaf zahir dan batin. Hehehe.. Hurrmmm, cerita pasal xbalik kg, actually bukan aku sorang je xblk. Kt cni ada 4 org anak abg dan kakak aku yang pun xbalik kg beraya. Dorg stay kt tempat aku je. Abg dan kakak-kakak aku pun sma gak xkelik tahun ni. Alasan dia mungkin sebab kena kja hari selasa jgk kot. Im not sure. Tapi In Sha Allah, dorang akan datang beraya kt uma aku nanti.
Beraya kat uma??? Nak masak apa yee??? Hurmmm, pikir menu jap lg la.. Cadang nak masak laksa sebab semlam dah beli mee dan bahan-bahan lain. Cuma ikan, daun kesum dan bunga kantan je xde lagi. Ptg ni g cari kat pasar la. Ok, enough membebel. Tukar topik. sekarang kita share resepi Begedil Ayam yang aku masak ritu. Very simple, very easy but yummy. Hubby sangat suka makan. Hari tu buat, dia rembat 6 biji sekali. Dia tak suka makan dengan nasi, dia suka makan macam tu je. Org sungai kata, "diintah". Syukur la sebab hubby suka makan apa yang aku masak. Ok, ni dia resepi Begedil ayam. Share dari Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 kg ubi kentang
200 gm daging ayam kisar
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat (xanak letak pun xpe)
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup dihiris halus
1/2 labu bawang besar-di potong dadu
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa (aku guna secukup rasa)

Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.
Sementara itu tumiskan bawang besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.
Satukan kesemua bahan bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kocak kocakkan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan.

Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan.

Tu dia pic Begedil ayam aku yang tak seberapa nak cantik. Tapi bolehlah.. My very 1st time buat ni. Hehehehe...

Ok la, selamat mencuba.. Selamat hari raya aidil adha...

Friday, 15 August 2014

Cucur cempedak

Assalamualaikum uolsss..

Good morning!! Selamat susuab!

Hari ni hari Sabtu, so tetiba rasa macam rajin plak. Jom bt bekpes. Pagi ni nak bt jumput la. JUMPUT???! Apa benda tu? Fyi, jumput tu maksudnya cucur. Tapi kitorang Sabah memang panggil cucur tu jumput. Pagi ni nak buat jumput@cucur cempedak. Almaklum la sekarangkan musim buah. Semalam sempat beli sebiji buah cempedak di luar pagar. Hehehe.. jom buat!

Bagi yang pandai masak, rasanya tutup mata pun boleh buat cucur ni. Tp bagi yang baru belajar nak masuk dapur tu (cam aku la, huhuhu), ni resepi yg sempat dikongsi. (wa cilok dari blog org.. Kikiki)

Resepi ; Cucur Cempedak

Bahan-bahannya ialah ;

Buah cempedak secukupnya
1 cawan tepung gandum
1cawan tepung beras
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit (tak letak pun blh)
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara memasakknya ;

1. Panaskan minyak. campurkan semua bahan di atas dan kacau hingga sebati. adunan hendaklah tidak terlalu pekat ataupun cair. agak2 la ye.

2. Ambil 2 sudu besar minyak panas masukkan kedalam adunan tadi dan kacau hingga larut.

3. Masukkan cempedak dan goreng.

4. Makan masa panas

Dah cuba. Rangup! Rossa pun suka makan.

Tuesday, 15 July 2014

Buah tarap Sabah

Siapa pernah makan buah tarap? Kalau di Sabah, buah tarap ni juga dikenali dengan nama lain mengikut bangsa masing-masing. (Kalau ikut bangsa aku Orang Sungai, tarap tu dipanggil kikian, kalau bahasa Kadazan Dusunnya pula dipanggil Timadang). Buah tarap atau nama saintifiknya Artocarpus odoratussimus memang glamer dikalangan orang Sabah tapi tidak di semenanjung. Isinya berwarna putih dan rasanya manis, sedap dan berjus. Ia tumbuh dan hidup subur dengan banyak di negeri Sabah (kebun belakang rumah aku ada banyak pokok tarap, siapa mo rasa, datang la ke Pitas ya. Kita jolok banyak-banyak. Free jak).
Buah tarap ni ada bau yang kuat tetapi tidaklah sekeras bau buah durian. Bentuknya bulat sehingga ke bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar, dan beratnya boleh mencecah sehingga 1 kg atau lebih. Tidak seperti buah durian, buah tarap pula ada kulit yang tebal dan duri yang tumpul mendatar yang lembut.  Buah tarap ni tidak gugur sendiri bila masak. (So, kalau korang mo makan, kena la jolok atau panjat pokok tu sendiri).Tapi, kalau buah tarap tu jatuh sendiri, maksudnya buah tu sudah pun busuk (buruk sudah tu, nda boleh makan lagi).
Buah tarap ni kena dimakan cepat sebab ianya mudah terdedah dengan kesan oksidatif. Rasa dan warnanya akan berubah walaupun disimpan di dalam peti sejuk jika terdedah terlalu lama. Isinya yang sudah masak boleh dimakan begitu sahaja dan juga boleh dibuat cucur (teringat pula jumput tarap mama aku buat). Buah tarap yang muda pula boleh dimasak seperti sayuran untuk dimakan bersama nasi (paling best masak lemak campur ikan masin.. Waaaahhh, kecur air liuq aku bulan puasa ni. Biji buah tarap pula boleh digoreng tanpa minyak dan dimakan seperti kekacang. Rasanya lemak dan lebih sedap dari biji nangka. Biji tarap ni juga boleh diproses menjadi tepung tau! Jangan xpercaya.

Ok la.. Tu saja perkongsian hari ni.
Jom beli buah tarap, bikin jumput. Makan untuk sungkai nanti   v(^_____^)v

~All about buah tarap~

Saturday, 12 July 2014

Kinabalu akhirnya berjaya ku tawan

Sungai Padas sudah ditawan, kini Kinabalu pula jadi sasaran.


Kinabalu?? Panjat Bukit Tun Fuad pun boleh pancit, ada hati mahu menawan puncak Kinabalu pulak. Hurrmmmm.. Boleh atau tidak??
Macam biasalah, Nazan akan jadi kepala kepada semua aktiviti kami. Kali ni, kami tukar destinasi dari sungai ke bahagian pergunungan pula. tapi sempat ka training?? Mendaki gunung bukan mcam rafting, main redah ja. Ia memerlukan endurance dan strength yang tinggi serta perlukan ketahanan mental serta fizikal. Sudah la kaki sebelah kiri aku ni pandai sakit-sakit. Apapun, cabaran ini harus diterima juga. Rugi weiii.. Nama ja orang Sabah, tapi Gunung Kinabalu pun belum sampai, urang sabah bilang.
Tinggal sebulan sebelum masa mendaki. Aku training sendiri. kadang kala ada juga member datang join sekali, Balqis, Zida dan Intan. Panjat Bukit Tun Fuad, belakang Taman Tun Fuad yang glamer dengan Restoran Nelayan tu. Mula-mula, panjat sekali. Ya Allah, baru separuh pendakian, perut rasa macam nak pecah. Ampus sudah. Hampir-hampir muntah. Ini kalilah..
2 minggu sebelum pendakian, sudah boleh sampai puncak bukit Tun Fuad. Seminggu sebelum pendakian, baru boleh panjat Bukit Tun Fuad 2 kali, turun dan naik (sepatutnya kalau ikut standart gunung Kinabalu, kena naik turun dan naik semula Bukit Tun Fuad tu 6 kali). Omaigadddd, confirm nda sampai la aku nanti..huhuhuhu
Hari yang dinanti pun tiba...
Macam biasa, Jan dan Akin datang sehari awal, sebab dorang ni tinggal dekat Sandakan. Malam tu semua bermalam di rumahku. Tapi ekspedisi kami kali ini tidak seramai semasa aktiviti rafting dulu. Kali ni cuma kami berempat yang mendaki. Awal pagi, pukul 6.30am, kami bergerak dari KK ke Taman Kinabalu. Sekitar jam 8.45am kami sampai di sana. Lepas selesai segala urusan pendaftaran, sekitar jam 9.30am, kami mula bertolak menuju ke Timpohon. Beg sandang, tongkat kayu dan kasut adidas kampung serta sehelai jaket, hanya itu yang ku bawa. Lagipun mana mampu angkut banyak barang, berat tu. barang semua kami angkat sendiri, mahu menguji kekuatan fizikal sendiri la kononnya. 

Dari Timpohon ke Laban Rata, kami perlu melalui 7 hentian iaitu Pondok Kandis, Pondok Ubah, Pondok Lowii, Pondok Mempening, Pondok layang-layang, Pondok Villosa dan Pondok Paka. Letih dan penat tu toksah sebut la. Memang penat sangat-sangat. Lagipun, jalan berkumpulan memang akan menbataskan pergerakan kita. Kita tunggu, tunggu, tunggu, sampai kita sendiri terlebih rehat dan jadi lebih malas untuk bergerak. So, moral of the story, kalau korang mendaki nanti, toksah tungu-tunggu, naik terus. Bukan bermaksud pentingkan diri sendiri, tapi untuk mengelakkan dari mengambil masa yang lebih lama dan menambahkan lagi keletihan dan kepenatan yang dialami. 
                                            Akin yang keletihan. Jan dan Bal masih di bawah

Rasanya kitorang lambat bukan sebab apa, tapi sebab terlebih posing. Kejap-kejap, gambar, kejap-kejap, gambar. Nasib baik la guide kitorang tu sporting. Dia la jadi cameraman sepanjang hari tu.

Sampai pondok Paka, aku terus naik sampai ke Laban Rata. Angin kuat atas gunung weii.. Lagipun cuaca semakin gelap. Aku sampai di Laban Rata sekitar jam 5.30 petang. Barulah.. Orang naik ke Laban Rata cuma 2jam 30 minit, aku ambik masa hampir 8jam. Perghhh.. Sangat la lidut mengalahkan siput Ba alif ba ya.. Sementara tunggu yang lain, aku berehat di hadapan Restoran Laban Rata. Dekat situ kena pakai gloves dan jaket pun kena tambah. Nasib baik la wind breaker yang ku pakai mampu menahan rasa sejuk yang teramat sangat tu. Lepas jan, Akin dan Bal sampai, kami masuk ke dalam restoran. Makan la tunggu apa lagi. Masa tu memang rasa sangat lapar. Segala daging lembu, ikan, ayam dan kambing kami bedal. Godoot kan.. :P
Ni restoran Laban Rata, bangunan warna putih dekat atas kepala kitorang tu la Gunting Lagadan, tempat penginapan. sikit punya jauh. Walaupun sebenarnya xla sampai 1km.
Lepas makan, kami diberi kunci bilik untuk berehat. Kami menginap di Gunting Lagadan. Ingatkan tempat tu dekat, bila berjalan, rasanya jauh macam 1 km. Hilang tercerna semua makanan yang kami makan tadi. Sudah la gelap, sejuk, uwaarrgghhh..
Sekitar jam 2am, kami bangun, besiap sedia untuk mendaki puncak Kinabalu. Jarak dari Laban Rata ke puncak Kinabalu cuma 2.5km. Tongkat, lampu suluh, gloves, air semua ada. Ok, jom mendaki. Oppss, sebelum tu, baca doa dulu.. Aminnnn..
Jam 7.30am kami sampai ke puncak. Alhamdulillah... Misi Tercapai!!!









Dipendekkan cerita, kami tiba di Timpohon sekitar pukul 5.00 petang. masa turun tu memang seksa sangat-sangat. Jalan pun serupa penguin. Yang lebih best, dapat pula hadiah ni.. Huhuhu..
Terpaksa ambik cuti 2 hari. Tapi walaupun penat dan terpaksa menanggung kesakitan (sakit segala sendi lower limb aku), tapi berbaloi la jugak.



Sedikit fakta mengenai Gunung Kinabalu dan tips pendakian
~ Ketinggian Gunung Kinabalu ialah 4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut. 
- Memanjang di Banjaran Crocker
- Suhu di gunung boleh mencecah ke 0 darjah selsius
- Terbentuk dari batu granite yang masih muda


Ringkasan Pendakian 
- Tempoh pendakian biasa ialah selama 3 hari 2 malam
- Hari Pertama : Sebaik-baiknya anda bermalam di Taman Kinabalu supaya anda dapat bersedia untuk mendaki pada sebelah pagi keesokannya.
- Hari Kedua : Anda akan mula mendaki dari Timpohon Gate (permulaan pendakian) ke paras 11,000 - 11,500 kaki dari aras laut. Anda akan bermalam pada ketinggian tersebut di rumah rehat yang disediakan.
- Hari Ketiga : Awal pagi (selalunya 2.30 / 3.00 pagi) anda akan meneruskan perjalanan ke puncak (Low's Peak). Setelah puas di puncak anda di kehendaki turun semula hingga ke Timpohon Gate.


Keadaan Semasa Pendakian 
- Pada peringkat awal anda akan mendaki dengan melalui jalan-jalan kecil yang mempunyai anak-anak tangga yang dibentuk berdasarkan bentuk muka bumi dan akar-akar pokok.
- Cuaca yang cerah boleh menjadi berkabus dan hujan dengan sekelip mata. Sentiasalah bersedia dengan baju hujan. Sebaik-baiknya anda membungkus pakaian anda didalam beg plastik sebelum memasukkannya kedalam beg.
- Sepanjang laluan ada disediakan beberapa pondok tempat berehat dan tangki air untuk mengisi botol air.
- Kebanyakkan pendaki mengalami pening-pening dan ada yang muntah semasa mendaki. Jangan lupa membawa ubat yang berkaitan.
- Semakin tinggi anda mendaki, anda akan berasa semakin cepat letih. Ini adalah disebabkan kandungan oksigen diudara semakin nipis.
- Hidung anda akan cepat berair dan anda mungkin akan menghidap selsema. Ini adalah disebabkan udara yang sejuk dan lembap.
- Kebanyakkan pendaki akan hilang selera makan. Bagaimanapun anda di nasihatkan supaya makan untuk mengembalikan semula tenaga anda.
- Keadaan disekitar yang sejuk boleh menyebabkan penguncupan pada otot betis secara tiba-tiba. Ia boleh menyebabkan kekejangan otot (cramp). Anda dinasihatkan supaya membawa ubat yang berkaitan dan kurangkan banyak berhenti berehat semasa anda berjalan. Biarlah anda berjalan perlahan-lahan daripada anda terpaksa mengalami kekejangan otot.
- Permukaan batu granite adalah licin (terutama apabila hujan). Anda dinasihatkan supaya berhati-hati, jangan berlari-lari dan pakailah kasut yang berta
pak getah.

Kelengkapan Asas Untuk Dibawa
- T-shirt lengan panjang / baju panas & baju ekstra
- Kasut bertapak getah (Sport / tennis / gym shoes / hiking boots)
- Kasut / sandal ekstra
- Sarung tangan (sekurang-kurang 2 pasang), topi / topeng muka
- Stokin ekstra
- Pakaian pelindung hujan dan angin (baju hujan / wind breaker)
- Tuala, berus gigi dan semua alat kelengkapan diri yang lain
- Lip gloss (cuaca sejuk menyebabkan bibir pecah)
- Ubat-ubatan & plaster untuk blister
- Lampu suluh
- Makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi (coklat, kekacang, kismis, glukos)
- Beberapa beg plastik untuk pelbagai guna.


Friday, 11 July 2014

Rafting @ Sg. Padas ~ Aku Rindu Zaman Itu..

Sabtu, 25 Disember 2010

Rafting? Biar betul? Aku bukan pandai berenang pun! 
Tapi memang betul! Itulah pengalaman pertama yang tidak pernah terlintas akan aku lakukan bersama beberapa orang rakan-rakan ku. Nazan, dialah perancang kepada semua aktiviti ini. Memang sejak dari zaman kolej, kami suka melakukan aktiviti bersama-sama. Tapi rafting?? "Alaaa, orang yang nda pandai berenang pun boleh rafting apa, ada juga bah jaket keselamatan. Ko takut apa?".. Ok, aku sahut cabarannya. Kami memang suka aktiviti yang lasak dan mencabar. Tapi rafting, berenang, argghhh.. belasah jak la :P


                    
Malam tu Jan bermalam di rumahku. Esok paginya, kami bertolak menuju ke Putatan, tempat pertemuan kami semua. Aku, Jan, Balqis, Sue, Ikin, Pojie, Grace dan Chok. Semuanya dari Sandakan, kecuali aku dan Bal. Dari Putatan, kami dibawa oleh bas persiaran menuju ke Tenom. Setibanya di sana, kami dibawa mengisi perut terlebih dahulu. Guide tu pesan, "makan banyak-banyak ah sebab masa rafting nanti, kamu guna banyak tenaga tu untuk mendayung". Gulp! Aku telan air liur.

Selesai makan, kami dibawa ke laluan keretapi yang menghubungkan Tenom-Beaufort. Kebetulan masa tu keretapi tidak beroperasi. So, terpaksa la kami naik keretapi size segiempat dengan enjin automotif manual. Nasib baik la ada sapu sunblock. Kalau tidak, sunburn la kulit. Kami diberikan jaket  dan topi keselamatan dan diwajibkan pakai semasa menaiki keretapi segiempat itu. Outfit yang sangat cantik. LOL. 








land guide dan water guide dari Borneo Wave Hunter. 






Ni la transport kami menuju ke Stesen Pangi.Comelkan...




















Satu pengalaman yang sangat menarik. Melalui terowong, melintas kawasan kampung, dapat tengok burung terbang. Makan angin for free. Sangat sangat best. 


Cabaran bermula di Stesen Pangi, Tenom. King Kong, water guide, mula mengatur kedudukan tempat duduk kami di dalam raft. Memandangkan Pojie satu-satunya anggota lelaki, jadi dia diarahkan untuk duduk di depan sekali. (Ambik ko pojie :P). Selebihnya duduk di bahagian tengah. Dan aku?? Aku duduk di bahagian belakang sekali. Bersebelahan dengan King Kong. Dalam hati, syukur, kena duduk belakang. Selamat aku. Belakang sekalikan selamat. Syukurr....



Dari Pangi, kami meredah 4 laluan, merentasi Sungai Padas dari Tenom sampai la ke Beaufort. Dalam banyak-banyak tahap, Head Hunter adalah tahap yang paling ngeri sekali. 2x aku hampir-hampir terbuang ke dalam sungai. Nasib baik la aku cuma terhumban masuk ke dalam raft, bukan ke luar raft. Patut la King Kong suruh aku duk sebelah kanan, dia duduk sebelah kiri. Bijak..Bijak.. Moral of the story, kalau korang merafting nanti, jangan duduk belakang sekali. Sebab, rupanya tempat tu adalah tempat yang paling strategik kalau korang nak terhumban dalam arus sungai yang deras. (Tapi duduk belakang, kenyang juga la aku. Kenyang dapat minum air sungai for free). 


                   Forward! Forward! Forward!

                      
   Ni la Head Hunter. Separuh badan tenggelam dalam air. Bestttt!!! Dalam hati, mati la akuuuuuu.. huhuhuhuu..........

                           For....ward..for..ward.. penat sudah!

Baju basah lecun. Sempat lagi King Kong tolak aku masuk dalam sungai. Nasib baik la sungai tu tenang. Rupanya masa tu memang masa untuk kami santai. Sambung-sambung tangan, buat body chain sambil membiarkan badan kami hanyut dibawa arus sungai. Pastu masuk balik dalam raft, kayuh kayuh kayuh. Sampaii!!!


Sudah sampai!! Yeahhh!! We did it!!

                  
              
       Pojie yang kepenatan
         
Mengabadikan kenangan bersama King Kong


Ni la Cameraman yang ambik gambar kami dari tepi.



Selepas habis meredah keempat-empat tahap arus sungai yang ganas, kami berhenti di tebing sungai. Di sana, kami di bawa menaiki perahu menuju ke Stesyen Halogilat.





 Dan dari Stesen Halogilat, kami menaiki keretapi menuju ke Stesen Keretapi Beaufort. Keretapi lama, buat aku teringatkan filem hindustan lakonan Shah Rukh Khan. Chaiya..chiya..chaiya.. :)

                 

Setibanya di Beaufort, matahari pun sudah menyembunyikan diri. Selepas menukar baju, kami berjumpa semula dengan guide yang membawa kami balik ke Putatan. 
Setibanya di Putatan, kami meneruskan perjalanan semula. P mana lagi? Melantak la. Laparrrrrr!!!
Destinasi?? Tanjung Aru Plaza. 

Tapi itu cerita 4 tahun yang lalu. sekarang ni, mampukah aku merafting lagi??
hehehehe....


thanx to Borneo Wave Hunter & King Kong for the great journey..
miss those moment