Friday, 3 October 2014

Begedil ayam

Assalamualikum wbt..
Sedar tak sedar esok dah raya aidil adha. Sedihnya.. Ni la 1st time aku sambut raya di kota bersama suami dan anak. Raya ahad, senin ni hubby shift pagi. So xyah balik la.. Tadi dah call mak kat kg, alhmdulillah dia faham. Nanti ai bankin kan duit raya mak ye.. Maaf zahir dan batin. Hehehe.. Hurrmmm, cerita pasal xbalik kg, actually bukan aku sorang je xblk. Kt cni ada 4 org anak abg dan kakak aku yang pun xbalik kg beraya. Dorg stay kt tempat aku je. Abg dan kakak-kakak aku pun sma gak xkelik tahun ni. Alasan dia mungkin sebab kena kja hari selasa jgk kot. Im not sure. Tapi In Sha Allah, dorang akan datang beraya kt uma aku nanti.
Beraya kat uma??? Nak masak apa yee??? Hurmmm, pikir menu jap lg la.. Cadang nak masak laksa sebab semlam dah beli mee dan bahan-bahan lain. Cuma ikan, daun kesum dan bunga kantan je xde lagi. Ptg ni g cari kat pasar la. Ok, enough membebel. Tukar topik. sekarang kita share resepi Begedil Ayam yang aku masak ritu. Very simple, very easy but yummy. Hubby sangat suka makan. Hari tu buat, dia rembat 6 biji sekali. Dia tak suka makan dengan nasi, dia suka makan macam tu je. Org sungai kata, "diintah". Syukur la sebab hubby suka makan apa yang aku masak. Ok, ni dia resepi Begedil ayam. Share dari Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 kg ubi kentang
200 gm daging ayam kisar
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat (xanak letak pun xpe)
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup dihiris halus
1/2 labu bawang besar-di potong dadu
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa (aku guna secukup rasa)

Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.
Sementara itu tumiskan bawang besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.
Satukan kesemua bahan bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kocak kocakkan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan.

Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan.

Tu dia pic Begedil ayam aku yang tak seberapa nak cantik. Tapi bolehlah.. My very 1st time buat ni. Hehehehe...

Ok la, selamat mencuba.. Selamat hari raya aidil adha...

No comments:

Post a Comment