Tuesday, 15 July 2014

Buah tarap Sabah

Siapa pernah makan buah tarap? Kalau di Sabah, buah tarap ni juga dikenali dengan nama lain mengikut bangsa masing-masing. (Kalau ikut bangsa aku Orang Sungai, tarap tu dipanggil kikian, kalau bahasa Kadazan Dusunnya pula dipanggil Timadang). Buah tarap atau nama saintifiknya Artocarpus odoratussimus memang glamer dikalangan orang Sabah tapi tidak di semenanjung. Isinya berwarna putih dan rasanya manis, sedap dan berjus. Ia tumbuh dan hidup subur dengan banyak di negeri Sabah (kebun belakang rumah aku ada banyak pokok tarap, siapa mo rasa, datang la ke Pitas ya. Kita jolok banyak-banyak. Free jak).
Buah tarap ni ada bau yang kuat tetapi tidaklah sekeras bau buah durian. Bentuknya bulat sehingga ke bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar, dan beratnya boleh mencecah sehingga 1 kg atau lebih. Tidak seperti buah durian, buah tarap pula ada kulit yang tebal dan duri yang tumpul mendatar yang lembut.  Buah tarap ni tidak gugur sendiri bila masak. (So, kalau korang mo makan, kena la jolok atau panjat pokok tu sendiri).Tapi, kalau buah tarap tu jatuh sendiri, maksudnya buah tu sudah pun busuk (buruk sudah tu, nda boleh makan lagi).
Buah tarap ni kena dimakan cepat sebab ianya mudah terdedah dengan kesan oksidatif. Rasa dan warnanya akan berubah walaupun disimpan di dalam peti sejuk jika terdedah terlalu lama. Isinya yang sudah masak boleh dimakan begitu sahaja dan juga boleh dibuat cucur (teringat pula jumput tarap mama aku buat). Buah tarap yang muda pula boleh dimasak seperti sayuran untuk dimakan bersama nasi (paling best masak lemak campur ikan masin.. Waaaahhh, kecur air liuq aku bulan puasa ni. Biji buah tarap pula boleh digoreng tanpa minyak dan dimakan seperti kekacang. Rasanya lemak dan lebih sedap dari biji nangka. Biji tarap ni juga boleh diproses menjadi tepung tau! Jangan xpercaya.

Ok la.. Tu saja perkongsian hari ni.
Jom beli buah tarap, bikin jumput. Makan untuk sungkai nanti   v(^_____^)v

~All about buah tarap~

No comments:

Post a Comment