Tuesday, 21 October 2014

Asparagus goreng udang belacan

Happy Deepavali!!! Sukanyaaa.. Ye la, cuti kan, mesti la suka. Hari ni boleh la luangkan sedikit masa menconteng blog kejap. Hurmmm, semenjak mengandung lagi ni, rasanya selera pun berubah. Nak makan tu la, nak makan ni la. Rasanya semua benda nak try masak. Tapi yg bgusnya tu, perasaan nak mencuba dan kerajinan memasak tu bertambah la pula. K la, hari ni nak share resepi Asparagus goreng udang belacan. Asparagus ni dapat dari Kundasang, kirim kat sorang kawan yg bercuti kt sana. Hubby dia ikut Climbathon, so terus bawa family dia bercuti. Sebenarnya harga asparagus fresh ni memang mahal. Walaupun dekat kundasang ada tanam, tapi harga seikat masih rm15 tau. Nasib baik la kawan yang tolong beli ni pandai dalam bab tawar-menawar. Almaklumlah, orang yang nak makan ni kan mengandung. Beli 2 ikat, dapat la hrga rm20. Thanls Felny. Next week nak kirim brokoli dan kubis bunga segar pla. Tuk buat paprik. Hehehe..
Ni nak share resepi yang dicilok dr google. Xingat penulis dia.

Asparagus goreng udang belacan

Bahan-bahan:
Asparagus - potong bahagian pucuknya yang lembut
Udang saiz sederhana - buang kulit dan belah belakang
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk / kisar:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
belacan sebesar ibu jari
7 biji cili kering

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan udang dan gaul sebati. Biarkan udang sehingga masak.
3. Masukkan asparagus dan tutup kuali selama 1 minit supaya sayur asparagus masak dan warna hijaunya kelihatan cantik.
4. Buka penutup kuali dan taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
5. Gaul sekali dua, dan padamkan api dapur.
6. Asparagus Goreng Udang Belacan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Actually ni la first time merasa asparagus ni. Rasanya tak de la sedap sgt. Bagi aku sedap lagi Sabah Vege (sayur manis). Rasa dia lebih kurang mcm rasa sayur pakis, tapi ada lain cket la. Sedap lagi sayur pakis. Tapi demi nak merasa, dan dah mengidam, kira boleh la.. Bagi yang masih belum mencuba, try la. Heheheehe.. Selamat mencobaaaa!

Laksa simple, bg org malas dan baru belajar..

Raya aji tahun lepas ktorang xbalik kampung. Hubby kena keja raya kedua. Shift pagi pla tu. Kesian pla nak tinggal dia sengsorang kat uma. Pastu yang paling best, roadtax dan insurans kete pla dah mati. Aiyoooooyooo, malang sungguh nasib. Tapi its ok la, bukan ktorang je xblk kg beraya, my sister 2 org pun beraya kt cni jg. Juadah raya tu simple jer.. Alaaa, mkn utk ktorg2 jer.. Tp raya ke 2 tu ktorang g picnic kat pantai. Aku buat la laksa, makanan pebret mr.husband. So mlm sblm raya tu, dah beli barang siap2. Raya ke 2 senang, tinggal nak masak jer. Resepi ni dikongsi dari sorg kawan yg selalu bt laksa. Mekasih kak nor. Mungkin tak sesedap yang dia buat, tapi kalau mr.hubby suka, rasanya boleh kalah master chef malaysia. Hehehe.. Perasan lebey..
K, ni nk share resepi laksa yang paling simple dan yang paling mudah nak buat. Khas buat org yg baru belajar dan malas masak.

Bahan-bahan

Ikam kembung sekilo
Bunga kantan dibelah 4 (klu suka makan blh letak byk)
Bawang merah 5 biji diblender
Daun kesum dicampur waktu masak (kalau suka boleh letak byk)
Lada kering diblender, tapis ambik airnya jer
Asam keping (secukupnya, klu xckup asam bukan laksa la namanya)
Belacan sedikit
Mee laksa (xkisah jenama apa)

Bahan untuk hiasan
-Telur rebus dibelah 4
-Bawang besar dihiris
-Lada besar
-Nenas
-Limau
-cili padi

Cara membuatnya
-rebus ikan dengan asam keping
-Ambik isi ikan dari tulang, blender
-Blender tulang segala kepala hingga bersih. Tapis dan ambik airnya
-Masukkan isi ikan dan air tapisan tadi ke dalam periuk, panaskan, masukkan semua bahan. Biarkan mendidih dan tambah perisa secukupnya. Jika kuah laksa tu terlalu pekat, boleh la ditambh air. Rebus mee laksa, pastu bolehlah dihias dengan bahan-bahan hiasan. Jangan lupa letak kuah laksa sekali. Sedap dimakan masa panas.
Simple kan.. Xbyk bahan dan xkompkeks sgt. Amatur pun boleh buat. Heehe... Selamat mencuba..


Tu dia gmbar kuah laksa yg aku buat masa raya lalu. Xbanyak daun kesum dan bunga kantan sebab org Sabah xsuka sangat mkn benda tu. Dorg kata bau pesisang. 

Friday, 3 October 2014

Begedil ayam

Assalamualikum wbt..
Sedar tak sedar esok dah raya aidil adha. Sedihnya.. Ni la 1st time aku sambut raya di kota bersama suami dan anak. Raya ahad, senin ni hubby shift pagi. So xyah balik la.. Tadi dah call mak kat kg, alhmdulillah dia faham. Nanti ai bankin kan duit raya mak ye.. Maaf zahir dan batin. Hehehe.. Hurrmmm, cerita pasal xbalik kg, actually bukan aku sorang je xblk. Kt cni ada 4 org anak abg dan kakak aku yang pun xbalik kg beraya. Dorg stay kt tempat aku je. Abg dan kakak-kakak aku pun sma gak xkelik tahun ni. Alasan dia mungkin sebab kena kja hari selasa jgk kot. Im not sure. Tapi In Sha Allah, dorang akan datang beraya kt uma aku nanti.
Beraya kat uma??? Nak masak apa yee??? Hurmmm, pikir menu jap lg la.. Cadang nak masak laksa sebab semlam dah beli mee dan bahan-bahan lain. Cuma ikan, daun kesum dan bunga kantan je xde lagi. Ptg ni g cari kat pasar la. Ok, enough membebel. Tukar topik. sekarang kita share resepi Begedil Ayam yang aku masak ritu. Very simple, very easy but yummy. Hubby sangat suka makan. Hari tu buat, dia rembat 6 biji sekali. Dia tak suka makan dengan nasi, dia suka makan macam tu je. Org sungai kata, "diintah". Syukur la sebab hubby suka makan apa yang aku masak. Ok, ni dia resepi Begedil ayam. Share dari Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 kg ubi kentang
200 gm daging ayam kisar
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat (xanak letak pun xpe)
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup dihiris halus
1/2 labu bawang besar-di potong dadu
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa (aku guna secukup rasa)

Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.
Sementara itu tumiskan bawang besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.
Satukan kesemua bahan bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kocak kocakkan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan.

Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan.

Tu dia pic Begedil ayam aku yang tak seberapa nak cantik. Tapi bolehlah.. My very 1st time buat ni. Hehehehe...

Ok la, selamat mencuba.. Selamat hari raya aidil adha...