Wednesday, 16 December 2015

Halba milk booster organik

Hai uolsss.. assalam... Menulis tengah malam lagi.. Mata dah terpejam tapi terjaga semula bila si anak merengek minta disusukan. Nasib baik la masih menyusu badan. Then just selak baju and sumbat.. Tapi malam ni adik nampak macam kurang selesa sikit. Nangis lebih lama dari biasa. Not sure sebab apa. Terpaksa bawa dia keluar dari bilik dan dodoikan di ruang tamu. Lepas lebih kurang setengah jam, baru la adik tidur nyenyak. Bila adik dah tidur semula, mata ni xmau pejam pula. OK la.. Boleh juga menulis sekejapkan..
Memandangkan isu malam ni berkaitan dengan adik menyusu, then entry kali ni akan sebut tentang topik berkaitan susu ibu. Spesifiknya, pengambilan halba sebagai milk booster organik. Actually memang dah lama tau pasal benda ni sebab kat group bf mummies pernah mention pasal ni jugak, tapi baru semalam cuba kaedah ni sendiri. Tu pun sebab kawan suggest masa terjumpa di kedai. Tengah cari soya bean drink, kononnya ingin dijadikan minuman pembanyak susu. Tapi dia kata, soya bean boleh menambah berat badan, tapi kalau ambik halba, bukan sahaja menambah penghasilan susu, malah boleh mengurangkan berat badan jugak.
Wowww.. Killing two birds with one stone la kiranya kan.. Thank you Nandi for your suggestion. 
So ambik la halba.. Ada jual banyak dekat corner rempah ratus. Harga pun sangat murah, rm1.25 sen sepek jer.. Yang ni pun beli dekat supermarket CKS Bundusan.
Balik rumah, wah, excited la pla.. terus google cara buat teh halba dan juga khasiatnya. Meh sini kongsi apa khasiatnya ya.. Copy dari google jer..
Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
Rupanya halba ni dah dijadikan makanan dalam perubatan sejak zaman nabi rupanya. Ooo.. Baru ku tawwww.. 
Antara kegunaan halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi memperbaiki reproduction system lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. 

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. 
Dikenali sebagai;
- Cina: Hu Lu Ba
- Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
- Tamil : Vendayam
Halba mencuci perut?? Patut pun semalam lepas minum teh halba, perut memulas sampai 3-4 x masuk toilet, memulasnya sampai ke siang. Tapi kesannya depends dengan individu kot sebab aku minum teh halba ni kesannya sakit perut dan cirit-birit, tapi kawan-kawan lain minum sihat walafiat jer.. (Perut aku banyak toksik kott..) Baiklah... Tapi halba menambah penghasilan susu badan, yes betul!! Buktinya, hari ni ebm yang aku dapat 3x ganda berbanding hari biasa. Alhamdulillah.. 

Krikk...krikk.. Krikkk.. Krikkk..

Sedar xsedar, jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.. Allright semua, kita sambung tido ya.. Sok kena bangun awal, keja. Tidur lewat camni, esok confirm mata jadi panda.. 
K la guys, jumpa lagi dalam entry akan datang.. Thanks baca tulisan a.k.a bebelan aku tgh malam ni. Dengan tu, disudahi dengan lafaz yg mulia, wabilahitaufikwalhidayah wassalamuaaliakum warahmataullahi wabarakaaatuh... Kbai. v(*__~)v


Saturday, 21 November 2015

Surah Pelindung

As salam semua.. Terbangun ku di subuh yang hening ini.. Actually sudah bangun sejak pukul 2am tadi. Terjaga masa mr.hubby balik rumah, baru balik dari tengok Sabah Drag 2015. Sabah Drag tu sukan lumba motor dan kereta atas jalan, lebih kurang macam lumba halal dan lebih sihat la (malas mo explain pepanjang). Malam ni badan rasa sakit-sakit. Mungkin lenguh sebab seharian mengendong c adik yang sudah seminggu kurang sihat (3hari lalu demam panas, sekarang ni tumbuh ruam panas pla).. Kesiannnn adik.. Tapi biasa la, orang tua kata, budak kalau membesar, memang selalu xsihat. Dengan belajar berdiri sendiri, tumbuh gigi, walaupun umurnya baru 7 bulan 18hari hari ni. Mak pula fracture proximal of humerus. Minggu lepas jatuh masa bermalam di rumah abang. Pastu ditambah lagi dengan kesibukan berpindah rumah sebab hujung bulan ni due date bagi kitorang yang tidak diluluskan penyambungan menduduki kuartes. Terpaksa la berpindah ke rumah sewa. Ada-ada saja kejadiannya bulan ni. Whatever la orang bilang.. Ambik positive semuanya.. Mudah-mudahan, dan pasti, ada hikmah tersembunyi disebaliknya..
Opss, jauh melencong dari tajuk di atas pula. Sudah terlanjur bangun tu, pegang-pegang HP, buka fb, check WhatsApp dan sebagainya. Menggoogle lagi.. Bila search pasal surah qul, terbaca la satu blog mengenai khasiat 3 qul yang dijadikan sebagai pendinding. Rasa amat tertarik untuk berkongsi manfaatnya. So, untuk itu, terjadi la aktiviti copy mengopy.. Kandungannya seperti berikut di bawah ini...

Surah Pelindung. (Tiga Qul)
Riwayat Hadis Imam Muslim :-

Nabi Muhammad S.A.W menyatakan bahawa ayat2 dalam surah ini (surah Al-Falaq dan surah An-Naas) tidak ada tolok bandingnya untuk seseorang memohon pertolongan kpd Allah Taala dari segala jenis bahaya.

Riwayat oleh At-Tirmidzi, Abu Daud dan An-Nasa'i :-

Bacalah surah2 : "Qul hua Allahu ahad, Qul a'uzu birammbil falaq dan Qul a'uzu birabbin nas"; tiga kali apabila engkau berada pd waktu pagi dan tiga kali apabila engkau berada di waktu petang, supaya engkau terpelihara dan terselamat dari segala bahaya dan bencana."

Surah Al-Ikhlaas
Keterangan :

1)Surah ini diturunkan di Mekah, mempunyai 4 ayat.
2)Maksud Al-Ikhlaas = Tauhid yang sebersih-bersihnya
3)Tujuan diturunkan = Menerangkan mengenai keEsaan Allah Taala yang tiada bandingan dengan apa pun
4)Hal ini kerana jika manusia benar2 mentauhidkan Allah dgn sebenar2nya, maka dia akan menjadikan hukum2 Allah sebagai peraturan dalam hidupnya. Dan baik buruk amal seseorang adalah bergantung kpd aqidah kepercayaannya.

Surah Al-Falaq

Keterangan :

1)Diturunkan di Madinah, mempunyai 5 ayat.
2)Makna Al-Falaq = sekalian makhluk
3)Tujuan diturunkan = mengajar manusia memohon perlindungan dari segala jenis bahaya yang zahir; yg datangnya dari makhluk2 Allah, sama ada yg terdapat pd malam hari yg gelita, atau yg datang dari makhluk berjiwa kotor spt ahli sihir atau dari khianat dan hasad dengki.
4)Dalam surah ini, kita disuruh supaya memohon pertolongan hanya dari Allah pencipta sekalian makhluk. Antara bahaya yg diterangkan dalam surah ini ialah :-

Pertama - Bahaya yang datang dari kejadian gelap, gelap malam menjadi peluang kpd makhluk jahat keluar dan melakukan kejahatan, sedangkan jalan untuk mendapatkan pertolongan adalah terhad di malam hari.

Kedua - Bahaya yang datangnya dari makhluk2 berjiwa kotor, yang berusaha membuat fitnah melonggarkan simpulan i'tiqad,menghuraikan ikatan muhibbah, meruntuhkan rumahtangga, memecah-belahkan perpaduan kaum dan merosakkan masyarakat; ahli sihir juga tergolong dalam golongan ini.

Ketiga - bahaya yang datangnya dari tipu daya manusia dengan niat untuk menghapuskan sesuatu nikmat Allah yg ada pd seseorang. Orang begini tidak senang dgn berita kesenangan atau kejayaan atau nikmat yg orng lain dapat dan berusaha menghilangkan perkara tersebut dari orang yg mendapat nikmat itu, kerana dalam hati mereka ada perasaan hasad dan dengki yg tdk senang dgn kelebihan org lain.
       Dengki dan hasad adalah penyakit bagi hati. Dan penyakit ini akan menyebabkan byk perbuatan derhaka. Penyakit inilah yg menyebabkan iblis menjadi kafir (dengki dengan Nabi Adam a.s mendapat pangkat) dan menyebabkan Qabil membunuh Habil (dengki krn Habil mendapat isteri yang lebih cantik). Berhati2 dgn penyakit ini kerana ianya akan menghapuskan segala kebajikan yg kita kerjakan.

Surah An-Naas

Keterangan :

1)Diturunkan di Madinah, mempunyai 6 ayat.
2)Makna An-Naas = Manusia
3)Tujuan diturunkan = Surah Al-Falaq menyuruh kita memohon perlindungan dari bahaya yg zahir, tapi surah ini menyuruh kita memohon perlindungan dari bahaya batin (perasaan ragu2 dan sangkaan buruk) yang datangnya dari makhluk yg tdk kelihatan (syaitan atau jin) dan dari tipu daya manusia. Perasaan dan ingatan yg buruk itulah yg akan merosakkan i'tiqad kepercayaan, amal ibadah dan segala amalan hidup.
4)Ayat keempat bermaksud "dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam."
Keterangan : Yang "timbul" menjalankan bisikannya dan hasutannya apabila manusia lalai drpd mengingati perintah Allah dan hukum agama, dan "tenggelam" mengundurkan dirinya apabila seseorang ingt kpd Allah dan memikirkan balasan buruk yang disediakan Allah bg org yg melakukan kejahatan yg dibisikkan itu.

Waalahualam..

Sumber : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Kepada Pengertian Al-Quran). ms1744-1751.
http://abubasyer.blogspot.com/2013/03/tafsir-surah-al-ikhlas-ayat-1-4.html

Wednesday, 16 September 2015

Ayam butter ala secukupnya

Assalamualaikum wbt..
Hari ni 16/9/2015. Tapi entry kali ni bukan pasal Hari Malaysia ya. Tapi pasal anak aku yang tetiba mengidam nak makan ayam. OK la, sempena hari cuti ni, mama masakkan ayam butter. Tapi camana nak masak erkkk? Xprnah buat pun sebelum ni. So, aku pun mula la buka kamus encyclopaedia google. Hehhee.. Then, terjumpa la resepi ni. Xingat resepi sape. Meh kita share. Ni dah edit ikut sesuka hati aku..

Ayam butter
Ayam dipotong kecil
Tepung gandum
Telur ayam
Bawang putih cincang halus
Butter
Daun kari
Susu pekat @ susu cair
Cili padi (kalau suka)
Garam
Perasa kalau suka
Minyak menggoreng
Sedikit air
Caranya senang jer.. Ayam yang dah dipotong kecil, celup ke dalam telur, dan golek kat tepung gandum, then goreng dalam minyak panas. Asingkan. Panaskan kuali, masukkan butter. Bila dah cair, tumis bawang putih dan daun kari hingga naik bau. Masukkan susu pekat atau susu cair. Kalau nak manis boleh letak banyak sedikit (ikut suka). Masukkan sedikit air. Kacau hingga pekat, kemudian masukkan garam dan perasa. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi, gaul sebati. Boleh tambah cili padi jika nak rasa pedas. Siap.. Boleh dihidang semasa panas. Ringkas dan mudahkan. Rasanya pun sedap. Hubby pun suka. Anak gembira...
Oh ya, pagi ni isteri my nephew selamat melahirkan anak pertama mereka, baby boy tu, anak Malaysia. Untung la.. Tiap kali sambut birthday, mesti hari cuti.
OK la.. Cukup dulu tuk hari ni. Sok keja pla. K la.. C u then.. Wassalam.. Off.........

Sunday, 30 August 2015

Beli emas sebagai simpanan dan pelaburan

Beli emas Public Gold semudah beli tiket “Air Asia” kata seorang customer saya. Walaupun tak jumpa dealer sekalipun, anda boleh place order sendiri secara online (dibuka 24 jam sehari), selesaikan bayaran, dan collect emas pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan di pejabat Public Gold terdekat.

Tapi kalau nak urusan lebih mudah, contact saya atau mana-mana dealer Public Gold yang anda percaya. Bagi segala maklumat yang diperlukan iaitu
(1) nama penuh,
(2) no. i/c,
(3) no. telefon,
(4) email, dan
(5) item yang nak dibeli, dan
(6) tinggal / kerja area mana untuk kenalpasti cawangan Public Gold terdekat dengan anda. Nanti selesaikan bayaran ke terus akaun Public Gold dan ambil emas terus dari pejabat Public Gold terdekat.

Untuk mengetahui harga emas terkini, boleh check di website ni 

www.publicgold.com.my

Kalau tak dapat contact dealer untuk lock harga masa harga emas tengah ‘cantik’, follow steps di bawah ni. Tapi kalau pernah berdaftar dengan Public Gold (i.e. pernah beli atau jual terus di office Public Gold), ikut steps dalam artikel “Cara Login Website Public Gold“.

4 Langkah Membeli Emas Public Gold
Langkah #1 : Register di Website Public Gold
Langkah #2 : Lock Harga (Place Order)
Langkah #3 : Buat Bayaran
Langkah #4 : Ambil Emas

3 Kaedah pembelian emas PG:
1. beli cash (mcm skrg ni)
2. GAP (kena beli 1 gram lain plak sbb ni akaun akumulasi emas)
3. Easy payment purchase (EPP)-ansuran selama 4 bulan.

Ingin jadi ahli? Kelebihannya, dapat komisyen / rebat 1% atas setiap belian, dan komisyen 0.5% atas setiap jualan balik kepada PG. Dan kalau dapat bantu kawan-kawan nak beli emas pun dapat komisyen 1%.

To save your family, buy gold.

To help our nation, keep gold.

To follow your religion, use gold.


Selamat hari merdeka 2015

Assalamualaikum..

Rasanya dah berkurun tak menconteng dekat blog ni.. busy yang amat sangat dicampur dengan kemalasan yang melanda. Semenjak menambah bilangan umat Nabi Muhammad ni, tugas sebagai ibu dan isteri yang bekerja telah menghadkan masa untukku membuka hp, apatah lagi membuka laptop. Back to the topic, hari ni negara menyambut hari kemerdekaan lagi tahun 2015. Apa la ertinya merdeka jika negara dibelenggu hutang yang banyak, ditambah lagi dengan krisis negara yang hingga ke hari ini belum selesai, nilai ringgit menjunam dan harga barang yang semakin hari semakin naik. Aku hanya mampu berdoa mudah-mudahan segala permasalahan ini akan selesai dalam masa terdekat ini.
Selamat Hari Merdeka. Semoga kita semua akan mendapat kemerdekaan yang sebenar-benarnya..

Tuesday, 17 March 2015

Petua lepas bersalin

Assalamualaikum semua...
Wow,berderet entry kena pos hari ni. Bukan sebab rajin, tapi sebab kebetulan cuti dan ada masa lapang. Lagipun, kesian tengok blog yang dah berhabuk dan sunyi hingga diselaputi sawang labah-labah. Actually, entry ni dah lama tapi cuma sempat save as a draft. Sibuk berpantangkan...
Alhamdulillah, sedar tak sedar, my new born baby sekarang dah berumur 4 bulan lebih, 3hb September ni genap umurnya 5 bulan. Ni my 2nd daughter ya.. Yang sulung tu pun girl, so dua-dua pun girl. Ingatkan kalau dapat baby boy, boleh la sepasangkan tapi apapun alhamdulillah, lelaki perempuan, semua tu rezeki Allah swt kasi. Masing-masing ada rezekinya. Yang penting, sihat tubuh badan akal dan fikiran serta sempurna tubuh badan pun alhamdulillah.. Rasulullah saw pun suka anak perempuan kan.. No worries.. Selagi bernyawa, masih boleh tambah kuota. In sha Allah...Hohohoho...
Oh ya, selama berpantang, memandangkan ni anak kedua, so aku lebih prepared dan ada lebih pengalaman. Set berpantang Mustika Ratu dan Bengkung zip zag sudah beli, air selusuh anugerah pun ready, baju baby (cuma tambah yang patut sebab baju anak yang sulung banyak lagi- jimat), dll semua ready. Tapikan, walaupun semua ready, bila lepas bersalin, semua yang plan berpantang tu tidak berjalan seperti yang dirancang. Ditambah dengan masalah baby jaundice, berpantang menggunakan herba terpaksa ditangguhkan. Dipendekkan cerita, aku cuma ingat pakai bengkung selepas luka jahitan sembuh, dan guna set berpantang (herba yang perlu
dimakan) selepas baby bebas dari jaundis. Alhamdulillah, hasil berpantang baby kali ni jauh lebih bagus dari hasil berpantang anak pertama. Bab makan memang kena jaga, kesihatan pun jangan dilupa. Syukur ada encik hubby yang tolong beli pati ikan harwany, membantu menyembuhkan luka episiotomi dengan lebih cepat.

Ni ada petua yang sempat dikongsi untuk panduan buat ibu-ibu berpantang (share dari page anugerah Quran). Semua bermanfaat

Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan:

1. Mengambil herba-herba tradisional

Herba-herba tradisional sememangnya diketahui mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri untuk membantu ibu-ibu yang melahirkan anak untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang ideal.

Selesai sahaja melahirkan anak, ibu akan melalui rawatan secara berstruktur yang dipanggil berpantang. Ia berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu.

Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.

Di antara herba-herba yang boleh diambil adalah seperti:

Temulawak – mengeluarkan toksin dari hati, mengawal kandungan lemak dan kadar kolesterol di dalam badan, mengurangkan kekejangan otot, dan mengawal masalah keputihan.
Lada pintal – menghilangkan bau badan dan mengurangkan masalah keputihan.
Kayu serapat – membantu kesihatan rahim yang optimum, mengurangkan kegatalan dan keputihan, membantu melancarkan kitaran haid dan sebagai awet muda.
Tahi angin – melancarkan peredaran dara, mengurangkan masalah angin meroyan dan mengurangkan masalah jangkitan kuman pada kulit.
Sireh – baik untuk mengurangkan masalah keputihan, menstabilkan kitaran haid dan menghilangkan kegatalan.
Manjakani – membantu menegangkan otot faraj, menganjalkan kulit selepas bersalin, baik untuk menegangkan payu dara dan menstabilkan hormon.
Memang banyak lagi herba-herba yang boleh diambil oleh ibu-ibu yang bersalin. Terdapat banyak pilihan untuk set bersalin lengkap untuk mereka yang tiada masa untuk menyediakan herba-herba ini di rumah.

2. Pemakaian bengkung untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal.

Penggunaan bengkung sudah sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia masih dipakai oleh wanita-wanita yang bersalin sejak zaman-berzaman. Seiring dengan perkembangan zaman, bengkung telah mengalami inovasi tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita bersalin. Bengkung moden sekarang bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang malah ia direka khusus untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada tubuh badan.

Bengkung baik untuk:

– mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin.
– mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
– menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
– menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
– menghalang peranakan daripada ‘turun’.

3. Mengambil makanan yang berkhasiat.

Ibu-ibu yang bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang mengandungi air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.

Ibu-ibu digalakkan untuk melebihkan memakan pelbagai jenis buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan kembali vitamin-vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekalkan tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Produk-produk tenusu seperti susu dan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan.

4. Sentiasa menyusukan anak.

Menyusukan bayi bukan hanya bermanfaat untuk bayi, malah baik kepada ibu juga. Ia boleh membakar lebih banyak kalori, membolehkan berat badan turun semasa berpantang. Ia juga baik untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan tulang rapuh.

5. Kerap bersenam

Jika anda inginkan tubuh badan yang cantik selepas berpantang, cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.Cukup dengan melakukan senaman ringan seperti senaman aerobik selama 30 minit 3 kali seminggu. Jika anda tidak tahu senaman apa yang anda boleh lakukan, sibukkan diri anda dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.