Hai uolsss.. assalam... Menulis tengah malam lagi.. Mata dah terpejam tapi terjaga semula bila si anak merengek minta disusukan. Nasib baik la masih menyusu badan. Then just selak baju and sumbat.. Tapi malam ni adik nampak macam kurang selesa sikit. Nangis lebih lama dari biasa. Not sure sebab apa. Terpaksa bawa dia keluar dari bilik dan dodoikan di ruang tamu. Lepas lebih kurang setengah jam, baru la adik tidur nyenyak. Bila adik dah tidur semula, mata ni xmau pejam pula. OK la.. Boleh juga menulis sekejapkan..
Memandangkan isu malam ni berkaitan dengan adik menyusu, then entry kali ni akan sebut tentang topik berkaitan susu ibu. Spesifiknya, pengambilan halba sebagai milk booster organik. Actually memang dah lama tau pasal benda ni sebab kat group bf mummies pernah mention pasal ni jugak, tapi baru semalam cuba kaedah ni sendiri. Tu pun sebab kawan suggest masa terjumpa di kedai. Tengah cari soya bean drink, kononnya ingin dijadikan minuman pembanyak susu. Tapi dia kata, soya bean boleh menambah berat badan, tapi kalau ambik halba, bukan sahaja menambah penghasilan susu, malah boleh mengurangkan berat badan jugak.
Wowww.. Killing two birds with one stone la kiranya kan.. Thank you Nandi for your suggestion.
Wowww.. Killing two birds with one stone la kiranya kan.. Thank you Nandi for your suggestion.
So ambik la halba.. Ada jual banyak dekat corner rempah ratus. Harga pun sangat murah, rm1.25 sen sepek jer.. Yang ni pun beli dekat supermarket CKS Bundusan.
Balik rumah, wah, excited la pla.. terus google cara buat teh halba dan juga khasiatnya. Meh sini kongsi apa khasiatnya ya.. Copy dari google jer..
Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
Rupanya halba ni dah dijadikan makanan dalam perubatan sejak zaman nabi rupanya. Ooo.. Baru ku tawwww..
Antara kegunaan halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi memperbaiki reproduction system lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih.
Dikenali sebagai;
- Cina: Hu Lu Ba
- Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
- Tamil : Vendayam
- Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
- Tamil : Vendayam
Halba mencuci perut?? Patut pun semalam lepas minum teh halba, perut memulas sampai 3-4 x masuk toilet, memulasnya sampai ke siang. Tapi kesannya depends dengan individu kot sebab aku minum teh halba ni kesannya sakit perut dan cirit-birit, tapi kawan-kawan lain minum sihat walafiat jer.. (Perut aku banyak toksik kott..) Baiklah... Tapi halba menambah penghasilan susu badan, yes betul!! Buktinya, hari ni ebm yang aku dapat 3x ganda berbanding hari biasa. Alhamdulillah..
Krikk...krikk.. Krikkk.. Krikkk..
Sedar xsedar, jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.. Allright semua, kita sambung tido ya.. Sok kena bangun awal, keja. Tidur lewat camni, esok confirm mata jadi panda..
K la guys, jumpa lagi dalam entry akan datang.. Thanks baca tulisan a.k.a bebelan aku tgh malam ni. Dengan tu, disudahi dengan lafaz yg mulia, wabilahitaufikwalhidayah wassalamuaaliakum warahmataullahi wabarakaaatuh... Kbai. v(*__~)v
No comments:
Post a Comment