Sungai Padas sudah ditawan, kini Kinabalu pula jadi sasaran.
Kinabalu?? Panjat Bukit Tun Fuad pun boleh pancit, ada hati mahu menawan puncak Kinabalu pulak. Hurrmmmm.. Boleh atau tidak??
Macam biasalah, Nazan akan jadi kepala kepada semua aktiviti kami. Kali ni, kami tukar destinasi dari sungai ke bahagian pergunungan pula. tapi sempat ka training?? Mendaki gunung bukan mcam rafting, main redah ja. Ia memerlukan endurance dan strength yang tinggi serta perlukan ketahanan mental serta fizikal. Sudah la kaki sebelah kiri aku ni pandai sakit-sakit. Apapun, cabaran ini harus diterima juga. Rugi weiii.. Nama ja orang Sabah, tapi Gunung Kinabalu pun belum sampai, urang sabah bilang.
Tinggal sebulan sebelum masa mendaki. Aku training sendiri. kadang kala ada juga member datang join sekali, Balqis, Zida dan Intan. Panjat Bukit Tun Fuad, belakang Taman Tun Fuad yang glamer dengan Restoran Nelayan tu. Mula-mula, panjat sekali. Ya Allah, baru separuh pendakian, perut rasa macam nak pecah. Ampus sudah. Hampir-hampir muntah. Ini kalilah..
2 minggu sebelum pendakian, sudah boleh sampai puncak bukit Tun Fuad. Seminggu sebelum pendakian, baru boleh panjat Bukit Tun Fuad 2 kali, turun dan naik (sepatutnya kalau ikut standart gunung Kinabalu, kena naik turun dan naik semula Bukit Tun Fuad tu 6 kali). Omaigadddd, confirm nda sampai la aku nanti..huhuhuhu
Hari yang dinanti pun tiba...
Macam biasa, Jan dan Akin datang sehari awal, sebab dorang ni tinggal dekat Sandakan. Malam tu semua bermalam di rumahku. Tapi ekspedisi kami kali ini tidak seramai semasa aktiviti rafting dulu. Kali ni cuma kami berempat yang mendaki. Awal pagi, pukul 6.30am, kami bergerak dari KK ke Taman Kinabalu. Sekitar jam 8.45am kami sampai di sana. Lepas selesai segala urusan pendaftaran, sekitar jam 9.30am, kami mula bertolak menuju ke Timpohon. Beg sandang, tongkat kayu dan kasut adidas kampung serta sehelai jaket, hanya itu yang ku bawa. Lagipun mana mampu angkut banyak barang, berat tu. barang semua kami angkat sendiri, mahu menguji kekuatan fizikal sendiri la kononnya.

Dari Timpohon ke Laban Rata, kami perlu melalui 7 hentian iaitu Pondok Kandis, Pondok Ubah, Pondok Lowii, Pondok Mempening, Pondok layang-layang, Pondok Villosa dan Pondok Paka. Letih dan penat tu toksah sebut la. Memang penat sangat-sangat. Lagipun, jalan berkumpulan memang akan menbataskan pergerakan kita. Kita tunggu, tunggu, tunggu, sampai kita sendiri terlebih rehat dan jadi lebih malas untuk bergerak. So, moral of the story, kalau korang mendaki nanti, toksah tungu-tunggu, naik terus. Bukan bermaksud pentingkan diri sendiri, tapi untuk mengelakkan dari mengambil masa yang lebih lama dan menambahkan lagi keletihan dan kepenatan yang dialami.
Akin yang keletihan. Jan dan Bal masih di bawah
Rasanya kitorang lambat bukan sebab apa, tapi sebab terlebih posing. Kejap-kejap, gambar, kejap-kejap, gambar. Nasib baik la guide kitorang tu sporting. Dia la jadi cameraman sepanjang hari tu.
Sampai pondok Paka, aku terus naik sampai ke Laban Rata. Angin kuat atas gunung weii.. Lagipun cuaca semakin gelap. Aku sampai di Laban Rata sekitar jam 5.30 petang. Barulah.. Orang naik ke Laban Rata cuma 2jam 30 minit, aku ambik masa hampir 8jam. Perghhh.. Sangat la lidut mengalahkan siput Ba alif ba ya.. Sementara tunggu yang lain, aku berehat di hadapan Restoran Laban Rata. Dekat situ kena pakai gloves dan jaket pun kena tambah. Nasib baik la wind breaker yang ku pakai mampu menahan rasa sejuk yang teramat sangat tu. Lepas jan, Akin dan Bal sampai, kami masuk ke dalam restoran. Makan la tunggu apa lagi. Masa tu memang rasa sangat lapar. Segala daging lembu, ikan, ayam dan kambing kami bedal. Godoot kan.. :P
Ni restoran Laban Rata, bangunan warna putih dekat atas kepala kitorang tu la Gunting Lagadan, tempat penginapan. sikit punya jauh. Walaupun sebenarnya xla sampai 1km.
Lepas makan, kami diberi kunci bilik untuk berehat. Kami menginap di Gunting Lagadan. Ingatkan tempat tu dekat, bila berjalan, rasanya jauh macam 1 km. Hilang tercerna semua makanan yang kami makan tadi. Sudah la gelap, sejuk, uwaarrgghhh..
Sekitar jam 2am, kami bangun, besiap sedia untuk mendaki puncak Kinabalu. Jarak dari Laban Rata ke puncak Kinabalu cuma 2.5km. Tongkat, lampu suluh, gloves, air semua ada. Ok, jom mendaki. Oppss, sebelum tu, baca doa dulu.. Aminnnn..
Jam 7.30am kami sampai ke puncak. Alhamdulillah... Misi Tercapai!!!
Dipendekkan cerita, kami tiba di Timpohon sekitar pukul 5.00 petang. masa turun tu memang seksa sangat-sangat. Jalan pun serupa penguin. Yang lebih best, dapat pula hadiah ni.. Huhuhu..
Terpaksa ambik cuti 2 hari. Tapi walaupun penat dan terpaksa menanggung kesakitan (sakit segala sendi lower limb aku), tapi berbaloi la jugak.
Sedikit fakta mengenai Gunung Kinabalu dan tips pendakian
~ Ketinggian Gunung Kinabalu ialah 4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut.
- Memanjang di Banjaran Crocker
- Suhu di gunung boleh mencecah ke 0 darjah selsius
- Terbentuk dari batu granite yang masih muda
Ringkasan Pendakian - Tempoh pendakian biasa ialah selama 3 hari 2 malam
- Hari Pertama : Sebaik-baiknya anda bermalam di Taman Kinabalu supaya anda dapat bersedia untuk mendaki pada sebelah pagi keesokannya.
- Hari Kedua : Anda akan mula mendaki dari Timpohon Gate (permulaan pendakian) ke paras 11,000 - 11,500 kaki dari aras laut. Anda akan bermalam pada ketinggian tersebut di rumah rehat yang disediakan.
- Hari Ketiga : Awal pagi (selalunya 2.30 / 3.00 pagi) anda akan meneruskan perjalanan ke puncak (Low's Peak). Setelah puas di puncak anda di kehendaki turun semula hingga ke Timpohon Gate.
Keadaan Semasa Pendakian - Pada peringkat awal anda akan mendaki dengan melalui jalan-jalan kecil yang mempunyai anak-anak tangga yang dibentuk berdasarkan bentuk muka bumi dan akar-akar pokok.
- Cuaca yang cerah boleh menjadi berkabus dan hujan dengan sekelip mata. Sentiasalah bersedia dengan baju hujan. Sebaik-baiknya anda membungkus pakaian anda didalam beg plastik sebelum memasukkannya kedalam beg.
- Sepanjang laluan ada disediakan beberapa pondok tempat berehat dan tangki air untuk mengisi botol air.
- Kebanyakkan pendaki mengalami pening-pening dan ada yang muntah semasa mendaki. Jangan lupa membawa ubat yang berkaitan.
- Semakin tinggi anda mendaki, anda akan berasa semakin cepat letih. Ini adalah disebabkan kandungan oksigen diudara semakin nipis.
- Hidung anda akan cepat berair dan anda mungkin akan menghidap selsema. Ini adalah disebabkan udara yang sejuk dan lembap.
- Kebanyakkan pendaki akan hilang selera makan. Bagaimanapun anda di nasihatkan supaya makan untuk mengembalikan semula tenaga anda.
- Keadaan disekitar yang sejuk boleh menyebabkan penguncupan pada otot betis secara tiba-tiba. Ia boleh menyebabkan kekejangan otot (cramp). Anda dinasihatkan supaya membawa ubat yang berkaitan dan kurangkan banyak berhenti berehat semasa anda berjalan. Biarlah anda berjalan perlahan-lahan daripada anda terpaksa mengalami kekejangan otot.
- Permukaan batu granite adalah licin (terutama apabila hujan). Anda dinasihatkan supaya berhati-hati, jangan berlari-lari dan pakailah kasut yang bertapak getah.
Kelengkapan Asas Untuk Dibawa- T-shirt lengan panjang / baju panas & baju ekstra
- Kasut bertapak getah (Sport / tennis / gym shoes / hiking boots)
- Kasut / sandal ekstra
- Sarung tangan (sekurang-kurang 2 pasang), topi / topeng muka
- Stokin ekstra
- Pakaian pelindung hujan dan angin (baju hujan / wind breaker)
- Tuala, berus gigi dan semua alat kelengkapan diri yang lain
- Lip gloss (cuaca sejuk menyebabkan bibir pecah)
- Ubat-ubatan & plaster untuk blister
- Lampu suluh
- Makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi (coklat, kekacang, kismis, glukos)
- Beberapa beg plastik untuk pelbagai guna.