Sunday, 9 October 2016

BENGKEL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS DI SABAH

Berita baik buat ibu bapa, guru-guru, Occupational Therapists dan mereka yang terlibat dengan kanak-kanak berkeperluan khas di Sabah. Satu bengkel yang bertajuk "Prestasi pembelajaran Anak Saya Membimbangkan, Bolehkah Dia Dibantu?" akan diadakan pada 19hb November 2016 (hari Sabtu), bertempat di Dewan Auditorium Hospital Queen Elizabeth 1.

Antara penceramah yang telah  dijemput adalah Dr.Raziffah Abd Rahman, Timbalan Pengarah Hospital Mesra Bukit Padang, Pn.Mahfuzah Zainol, Timbalan Pengarah (Terapis Carakerja) Bahagian Pendidikan Khas, dan juga En.Yaakub Alip, Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Mesra Bukit Padang. Puan Mahfuzah Zainol adalah merupakan Pagawai Pemulihan Carakerja yang bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Bahagian Pendidikan Khas di Putrajaya. Selain itu, beliau juga aktif sebagai penulis buku bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti Panduan Terapi Carakerja untuk Murid Istimewa, Sensori
Dalam Pendidikan Khas dan banyak lagi. Beliau juga sering dijemput menjadi penceramah dan pendidik dalam kursus dan seminar berkaitan pemulihan carakerja dan pendidikan khas khususnya.

Antara topik yang akan dibincangkan adalah:
-Pengenalan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas
-Transformasi Pendidikan Khas di Malaysia
-Bagaimana membantu prestasi pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas
-Bagaimana membantu kanak-kanak berkeperluan khas yang tidak diterima masuk di sekolah

Selepas sesi ceramah, bengkel praktikal bersama peserta dan penceramah juga akan diadakan. Sesi ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi dan dijangka tamat pada pukul 3.00 petang.

Yuran penyertaan bagi peserta individu adalah sebanyak RM50 dan manakala yuran penyertaan berkumpulan (minima 5 orang peserta) hanyalah RM45 seorang.

Bengkel ini adalah anjuran Child Intervention & Enrichment Centre, Hospital Mesra Bukit Padang yang merupakan satu-satunya unit rawatan kanak-kanak berkeperluan khas di Hospital Mesra.

Peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini bolehlah menghubungi kakitangan unit CIEC ditalian 088-240985 sambungan 166 atau menggunakan aplikasi whatsapp Puan Rusminah Osnain (012-8265494) atau Puan Normala Martin (0128033654). Para peserta boleh mendaftar secara manual dengan mengisi borang di CIEC, Hospital Mesra Bukit Padang sebelum tarikh 30hb Oktober 2016. Bagi memudahkan para peserta, pendaftaran juga boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan pembayaran yuran atas talian.

Pendaftaran menggunakan aplikasi WhatsApp.

Lengkapkan maklumat berikut:

Nama penuh :
Nombor telefon :
No ic:
Bayaran yuran : RM
Bank (sekiranya pembayaran secara online) :
Tarikh pembayaran:
Masa pembayaran:
No rujukan :

Pembayaran boleh dilakukan secara online kepada  Bendahari Bengkel ini iaitu Pn.Annitrah Yombulin dan resit pembayaran perlu disertakan sebagai bukti pembayaran.
160063362245-Maybank
7037692937 - CIMB
email: anithluv_88@yahoo.com
Hp : 0168395330

Monday, 23 May 2016

HIPPOTHERAPY

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.. lamanya ndak menulis..
kali ni mau membuat perkongsian berbentuk ilmiah kononnya.. last Friday sudah bentang benda ni dalam cpd hospital. actually Hippotherapy ni merupakan aktiviti bulanan yang diadakan di tempat kami. tempatnya di mana ya? dirahsiakan.. hohoho... maklumat ni diperolehi daripada guru terbaik ku, Mr & Mrs Google.. pls jangan KECAM.. yang betul kita kongsikan, yang kurang tepat kita betulkan.. saya budak baru belajar.. :)

HIPPOTHERAPY

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Hadis riwayat Bukhari/Muslim)



“Kalki awatara adalah wisnu terakhir pada zaman gelap. Menurut kepercayaan Hindu, Kalki adalah awatara berkuda putih, memiliki pedang berkilat yang memusnahkan kejahatan dan menghancurkan iblis seterusnya memulakan zaman baru”



Hippotherapy merujuk kepada terapi yang digunakan oleh Jurupulih Perubatan Carakerja, Fisioterapi dan Terapi Pertuturan. Dengan menggunakan bukti dan hujah klinikal, terapi berkuda digunakan untuk merangsang deria, neuromotor dan sistem kognitif (American Hippotherapy Association (AHA).

Hippotherapy diambil dari bahasa Yunani iaitu Hippos yang bermaksud rawatan dengan menggunakan bantuan kuda. Terapi pula bermaksud rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah mengalami sebarang penyakit atau kecederaan bertujuan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal (Mosby 2001). Terapi berkuda pula bermaksud rawatan yang menjadikan kuda terlatih sebagai “kenderaan” teraputik untuk meningkatkan keseimbangan dan pengawalan sendi dan otot seseorang (Farex, 2001). Ia telah mula diperkenalkan sebagai kaedah rawatan formal sejak tahun 1960 (Pavlides,2008).

KENAPA KUDA?

·         Cara kuda berjalan unik, berubah-ubah, berulang-ulang dan berirama
·         Memberikan input deria ke otak dan sistem saraf.
·         Cara pergerakan dan penggunaan otot pelvis manusia dan kuda ketika berjalan adalah sama.
·         Purata kuda berjalan dalam seminit adalah lebih kurang 120 langkah seminit , membolehkan individu merasai pengalaman sebanyak 120 pergerakan yang tidak boleh ditiru oleh perkakas atau peralatan lain.
·         Akan dibantu oleh individu terlatih dan sesuai dengan keadaan pesakit.
·         Persekitaran dan pengalaman berbeza, tidak seperti persekitaran hospital yang sama


SERBA SEDIKIT SEJARAH MENGENAI HIPPOTHERAPY.
Pada tahun 1969, North American Riding for the Handicapped Association (NARHA) secara rasminya telah ditubuhkan (Chandler, 2005; Fine, 2006) dan pada masa itu, terapi berkuda telah dijadikan sebagai kaedah rawatan utama di Green Chimney Children’s Residential Treatment Services. Di New York , kuda bukan sahaja dijadikan sebagai “alat bantuan rawatan teraputik” yang membantu kanak-kanak dalam aspek emosi, tingkahlaku dan perkembangan, malah kuda juga dipelihara untuk meningkatkan kesihatan mental (Levinson, 1972;Pavlides, 2008). Pada tahun 1992, American Hippotherapy Association (AHA) telah dibentuk bagi menyediakan satu forum pendidikan, komunikasi dan penyelidikan antara profesional kesihatan menggunakan pergerakan kuda dalam rawatan. Pada masa kini, terapi berkuda telah dijadikan sebagai modaliti rawatan yang meluas. Ia bukan sahaja digunakan untuk merawat masalah kanak-kanak seperti ADHD, autisme, cerebral palsy, masalah perkembangan dan  sindrom down, bahkan juga dijadikan rawatan untuk masalah demensia , kemurungan, kecederaan otak trauma, isu-isu tingkah laku, isu-isu penderaan, gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) , ketagihan alkohol, dadah dan kesihatan mental yang lain (National Center For Equine Centered Therapy, 2013).

BEZA HIPPOTHERAPY DAN MENUNGGANG KUDA BIASA
·         Sesi Hippotherapy mesti dilakukan oleh Doktor Perubatan, Jurupulih perubatan Carakerja, Fisioterapi atau Terapi pertuturan yang berdaftar sahaja
·         Hippotherapy mensasarkan “functional outcomes”
·         Kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas sahaja

SESUAI UNTUK MASALAH
·         Attention Deficit Disorder
·         Autism
·         Cerebral Palsy
·         Developmental Delay
·         Down Syndrome
·         Emotional Disorders
·         Multiple Sclerosis
·         Muscular Dystrophy
·         Paralysis
·         Scoliosis
·         Spinal Bifida
·         Traumatic Brain Injury

FAEDAH HIPPOTHERAPY
FIZIKAL
·          Meningkatkan keseimbangan dan kekuatan otot
•             Meningkatkan koordinasi dan refleks
•             Meningkatkan kawalan otot
•             meningkatkan kawalan postur badan
•             mengurangkan spasticity
•             meningkatkan ROM sendi
•             meningktakan ketahanan system otot dan kardivaskular
•             merangsang perkembangan sensori
•             meningkatkan persepsi visual
•             meningkatkan perkembangan gross dan fine motor


PSIKOLOGIKAL
•             Meningkatkan keyakinan diri
•             Meningkatkan self-esteem dan  self-image
•             Meningkatkan kesabaran
•             Meningkatkan kawalan emosi dan disiplin
•             Meningkatkan kebolehan menerima risiko
•             Meningkatkan skill social dan interpersonal skills
•             Mengurangkan stress
•             Meningkatkan kebolehan multitasking
Marko sky, C.J. (2011)


BAGAIMANA HIPPOTHERAPY MEMBANTU PERKEMBANGAN MANUSIA?
·         Pergerakan pelvis manusia lebih kurang sama dengan pergerakan pelvis seekor kuda. Ketika berjalan, pelvis akan bergerak ke depan, ke belakang, ke sisi dan berputar (rotation)
·         Apabila kuda berjalan, pelvis mereka juga bergerak menggunakan 3 dimensi yang sama
·         Haba dan pergerakan badan kuda membantu mengurangkan ketegangan otot.



BAGAIMANA HIPPOTHERAPY DAPAT MEMBANTU?
·         Menunggang kuda menggalakkan manusia untuk bergerak dengan lebih baik berbanding dengan peralatan yang lain kerana apabila kuda bergerak, otot manusia secara tidak langsung akan menjadi aktif untuk mengekalkan postur badan (stay upright and centered).
·         Otot yang kuat akan menggalakkan kawalan motor halus dan juga menggalakkan pertuturan.

·         Aktiviti menyentuh/ memberus badan kuda
a.       Establish rapport
b.      Mengurangkan rasa takut terhadap haiwan/haiwan berbulu
c.       Menggalakkan pertuturan – bercakap dengan kuda



·         Aktiviti Menunggang kuda
a.       Mengekalkan postur badan
b.      Meningkatkan keseimbangan badan
c.       Menggalakkan koordinasi badan
d.      Meningkatkan ketahanan badan 

KONTRAINDIKASI

ORTOPEDIK
·         Orthopedic –
·         Atlantoaxial Instability-describe neurologic symptoms
·         Coxa Arthrosis
·         Cranial Deficits
·         Heterotropic Ossification/Myositis Ossificans
·         Joint Subluxation/dislocation
·         Osteoporosis
·         Pathologic Fractures
·         Spinal Fusion/Fixation
·         Spinal Instability/Abnormalities

NEUROLOGI
·         Hydrocephalus/Shunt
·         Seizure
·         Spina Bifida/Chiari II Malformation/Tethered Cord/Hydromeli

MEDIKAL/PSIKOLOGIKAL

·         Allergies
·         Animal Abuse
·         Physical/Sexual/Emotional Abuse
·         Blood Pressure Control
·         Dangerous to self or others
·         Exacerbations of medical conditions
·         Fire Settings
·         Heart Conditions
·         Hemophilia
·         Medical Instability
·         Migraines
·         Respiratory Compromise
·         Recent Surgeries
·         Substance Abuse
·         Thought Control Disorders
·         Weight Control Disorders
·         Age-under 2 years



KELEMAHAN HIPPOTHERAPY
·         Tidak diluluskan oleh Insurans Perubatan
·         Menggunakan kos yang mahal
·         Bahaya
·         Masih dijadikan sebagai rawatan percubaan
·         Masalah cuaca

Gambar di atas adalah Tn. Haji Awang Shamsi, Manager Sabandar Leisure Rides, lokasi aktiviti Hippoterapy dijalankan. Beliau sedang memberikan taklimat keselamatan sebelum aktiviti Hippotherapy dijalankan. Tolong promote sikit.. :p



LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
·         
·         Mestilah sihat tubuh badan
       WAJIB Mengisi borang Akuan dan kebenaran ibu bapa/penjaga
·         Telah diberikan taklimat keselamatan
·         WAJIB menggunakan helmet
·         Tidak dibenarkan menyentuh/ berdiri di belakang kuda
·         Tidak dibenarkan membuat bunyi yang kuat di atas kuda
 Cuaca baik




Friday, 29 April 2016

Suku kaum Sungai Sabah

Salam olss.. Tetiba pos tentang suku kaum Sungai. Tapi kenapa suku Sungai? Sebab aku orang Sungai la.. huhuhu.. Nda berapa glamer bah suku aku ni. Tapi kalau dulu-dulu, suku Sungai pernah dibincangkan dalam Majalah Mastika. Tapi tu cerita lama. Mau tau tentang asal usul orang Sungai? Bah, mari kita baca..

Orang Sungai merupakan salah satu dari suku kaum asli di Sabah. Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok suku kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. Orang Sungai kebanyakannya menetap di daerah Kinabatangan, Beluran, dan Kota Marudu, iaitu di kawasan Sukau, Bukit Garam, Tongod, Pinangah, Telupid, Sapi-Nangoh, Pamol, Paitan, dan Pitas. Selain itu, orang Sungai juga terdapat di Ranau, Lahad Datu, dan Sandakan. Terdapat pelbagai pecahan suku bagi bangsa Sungai itu sendiri, di mana bahasa-bahasanya juga berbeza mengikut daerah masing-masing. Kebanyakan Orang Sungai menganut agama Islam, tetapi terdapat sebahagian daripada mereka yang beragama Kristian dan animisme (tiada agama), khususnya di Tongod, Pinangah, Lahad Datu, dan Paitan.

Menurut banci yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2000 (Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2000), jumlah penduduk di Kinabatangan adalah seramai 86,783 orang (50,394 lelaki dan 36,389 wanita). Suku kaum yang terbesar di daerah ini ialah suku kaum Sungai (satu istilah yang diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri daripada kelompok Idahan, Minokok, Mangkaak, Makiang, Rumanau, Sinabu dan Pingas). Selain itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Tidong, Suluk, Kagayan dan Bugis (suku kaum yang berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina).

Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Tetapi ramai orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai, Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (banyak di Kg. Bambangan) Suku kaum Orang Sungai ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai melalui penggunaan bahasa sukuan/linguistik.

i) Orang-Orang Sungai di kawasan Beluran,Ranau (Sugut), Paitan, Labuk (Telupid), Pitas dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang SAMA kerana menggunakan dialek Paitanik. Cth ayat :

- Ombo kiat mu yuk ? ( Kamu dari mana yuk )

ii) Manakala Suku Orang Sungai di kawasan Bukit Garam, Kuamut, Segama dan bahagian Tongod mempunyai bahasa sukuan atau dialek yg cuma sedikit berbeza dengan bahasa Suku Orang Sungai yg saya sebutkan di atas (no.i). Orang Sungai di kawasan ini mempunyai pengaruh bahasa Dusun yg ketara. Cth ayat :

- Tokouw tu tulun Sungai (Kita ini Orang Sungai ) - lihat " tulun" yg juga bermaksud Orang dlm bahasa Dusun, tapi dlm dialek Paitanik Orang diucap sebagai "lobu".

iii) Suku Orang Sungai di kawasan Segaliud dan Sukau pula mempunyai pengaruh dialek "Idahan" seperti Orang Sungai di kg2 persekitaran Gua Madai dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu. cth ayat :

- Mbah suruu kau (Pergi mana kau ).

Dari segi sosial, Orang-orang Sungai juga mempunyai perkembangan sosial yg boleh dibanggakan. Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Hubungan Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yg lain juga adalah amat baik sejak zaman berzaman.

Begitu juga dari segi ekonomi. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orang-orang Sungai yang sudah mempunyai tahap ekonomi yang baik, walaupun ada sebilangannya yang masih di paras kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan Kuamut. Sejak zaman British lagi suda banyak Orang-orang Sungai yang aktif dalam kegiatan ekonomi contohnya seperti Almarhum Pangiran Galpam yang terkenal sebagai antara peniaga sarang burung terkemuka Sabah di Gua Gomantong. Orang Sungai juga masih mewarisi perniagaan sarang burung di Gua Madai. Sekarang , masih terdapat ramai Orang Sungai yang mempunyai ladang sawit/perladangan yang berdaya maju dan tidak kurang yang menjadi konglomerat perniagaan Sabah.

Kawasan Daerah Tongod terdiri daripada etnik Makiang, Sinabu, Milian, Saguon, Rumanau, Pinangah dan ada beberapa lagi etnik.

setiap etnik mempunyai dialek yang berbeza. contohnya etnik;

1. Rumanau, Sinabu, "ulun" (orang)

2. Makiang, saguon, Pinagah, Milian "labu" (orang)

Namun etnik-etnik dikawsan Daerah Tongod sudah biasa mendengar perkataan tersebut dan sudah memahaminya. Bila orang bertutur dengan dialeknya kita dapat membezakan orang tersebut, "oh ini dari etnik sekian".

Begitu la serba sedikit tentang orang Sungai. Aku? Aku orang Sungai Pitas.. Moilo aku ya bo musungoi, nokuro kodung mutangar malayu aku ya so waloi, na kodung sungoi, adang aku yo limuton. Koorati aku ya.. Heehhehee..

Monday, 18 April 2016

7KM Autism Awareness Fun Run 2016 KK

Senarai peserta berdaftar dengan cara WhatsApp/manual di Hosp. Mesra Bukit Padang

Thursday, 24 March 2016

7KM AUTISM AWARENESS FUN RUN CIEC, HOSP MESRA IN CONJUNCTION WITH HOSP PERMAI 2016

REGISTRATION NOW OPEN!!!
(LIMITED TO 500 SLOTS ONLY!)
7KM AUTISM AWARENESS FUN RUN / WALK 2016 (KK)

On 24th April 2016.. there will be a Fun Run, a Supporting Run, An Awareness Campaign to show our love and support to all Autistic Angels...

Details as follows:
Date : 24 April 2016
Flag Off : 6.30 a.m.
Distance : 7KM
Registration Fees : RM45

Participants will be entitled to Medal, Certificate & T-Shirt (T-Shirt size will be subjected to availability AFTER 14 April 2016).

Grab your slots here:
https://www.cognitoforms.com/RojakRunners1/_7KMAUTISMAWARENESSFUNRUNWALKKKREGISTRATIONFORM

Wednesday, 16 December 2015

Halba milk booster organik

Hai uolsss.. assalam... Menulis tengah malam lagi.. Mata dah terpejam tapi terjaga semula bila si anak merengek minta disusukan. Nasib baik la masih menyusu badan. Then just selak baju and sumbat.. Tapi malam ni adik nampak macam kurang selesa sikit. Nangis lebih lama dari biasa. Not sure sebab apa. Terpaksa bawa dia keluar dari bilik dan dodoikan di ruang tamu. Lepas lebih kurang setengah jam, baru la adik tidur nyenyak. Bila adik dah tidur semula, mata ni xmau pejam pula. OK la.. Boleh juga menulis sekejapkan..
Memandangkan isu malam ni berkaitan dengan adik menyusu, then entry kali ni akan sebut tentang topik berkaitan susu ibu. Spesifiknya, pengambilan halba sebagai milk booster organik. Actually memang dah lama tau pasal benda ni sebab kat group bf mummies pernah mention pasal ni jugak, tapi baru semalam cuba kaedah ni sendiri. Tu pun sebab kawan suggest masa terjumpa di kedai. Tengah cari soya bean drink, kononnya ingin dijadikan minuman pembanyak susu. Tapi dia kata, soya bean boleh menambah berat badan, tapi kalau ambik halba, bukan sahaja menambah penghasilan susu, malah boleh mengurangkan berat badan jugak.
Wowww.. Killing two birds with one stone la kiranya kan.. Thank you Nandi for your suggestion. 
So ambik la halba.. Ada jual banyak dekat corner rempah ratus. Harga pun sangat murah, rm1.25 sen sepek jer.. Yang ni pun beli dekat supermarket CKS Bundusan.
Balik rumah, wah, excited la pla.. terus google cara buat teh halba dan juga khasiatnya. Meh sini kongsi apa khasiatnya ya.. Copy dari google jer..
Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
Rupanya halba ni dah dijadikan makanan dalam perubatan sejak zaman nabi rupanya. Ooo.. Baru ku tawwww.. 
Antara kegunaan halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi memperbaiki reproduction system lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. 

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. 
Dikenali sebagai;
- Cina: Hu Lu Ba
- Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
- Tamil : Vendayam
Halba mencuci perut?? Patut pun semalam lepas minum teh halba, perut memulas sampai 3-4 x masuk toilet, memulasnya sampai ke siang. Tapi kesannya depends dengan individu kot sebab aku minum teh halba ni kesannya sakit perut dan cirit-birit, tapi kawan-kawan lain minum sihat walafiat jer.. (Perut aku banyak toksik kott..) Baiklah... Tapi halba menambah penghasilan susu badan, yes betul!! Buktinya, hari ni ebm yang aku dapat 3x ganda berbanding hari biasa. Alhamdulillah.. 

Krikk...krikk.. Krikkk.. Krikkk..

Sedar xsedar, jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.. Allright semua, kita sambung tido ya.. Sok kena bangun awal, keja. Tidur lewat camni, esok confirm mata jadi panda.. 
K la guys, jumpa lagi dalam entry akan datang.. Thanks baca tulisan a.k.a bebelan aku tgh malam ni. Dengan tu, disudahi dengan lafaz yg mulia, wabilahitaufikwalhidayah wassalamuaaliakum warahmataullahi wabarakaaatuh... Kbai. v(*__~)v


Saturday, 21 November 2015

Surah Pelindung

As salam semua.. Terbangun ku di subuh yang hening ini.. Actually sudah bangun sejak pukul 2am tadi. Terjaga masa mr.hubby balik rumah, baru balik dari tengok Sabah Drag 2015. Sabah Drag tu sukan lumba motor dan kereta atas jalan, lebih kurang macam lumba halal dan lebih sihat la (malas mo explain pepanjang). Malam ni badan rasa sakit-sakit. Mungkin lenguh sebab seharian mengendong c adik yang sudah seminggu kurang sihat (3hari lalu demam panas, sekarang ni tumbuh ruam panas pla).. Kesiannnn adik.. Tapi biasa la, orang tua kata, budak kalau membesar, memang selalu xsihat. Dengan belajar berdiri sendiri, tumbuh gigi, walaupun umurnya baru 7 bulan 18hari hari ni. Mak pula fracture proximal of humerus. Minggu lepas jatuh masa bermalam di rumah abang. Pastu ditambah lagi dengan kesibukan berpindah rumah sebab hujung bulan ni due date bagi kitorang yang tidak diluluskan penyambungan menduduki kuartes. Terpaksa la berpindah ke rumah sewa. Ada-ada saja kejadiannya bulan ni. Whatever la orang bilang.. Ambik positive semuanya.. Mudah-mudahan, dan pasti, ada hikmah tersembunyi disebaliknya..
Opss, jauh melencong dari tajuk di atas pula. Sudah terlanjur bangun tu, pegang-pegang HP, buka fb, check WhatsApp dan sebagainya. Menggoogle lagi.. Bila search pasal surah qul, terbaca la satu blog mengenai khasiat 3 qul yang dijadikan sebagai pendinding. Rasa amat tertarik untuk berkongsi manfaatnya. So, untuk itu, terjadi la aktiviti copy mengopy.. Kandungannya seperti berikut di bawah ini...

Surah Pelindung. (Tiga Qul)
Riwayat Hadis Imam Muslim :-

Nabi Muhammad S.A.W menyatakan bahawa ayat2 dalam surah ini (surah Al-Falaq dan surah An-Naas) tidak ada tolok bandingnya untuk seseorang memohon pertolongan kpd Allah Taala dari segala jenis bahaya.

Riwayat oleh At-Tirmidzi, Abu Daud dan An-Nasa'i :-

Bacalah surah2 : "Qul hua Allahu ahad, Qul a'uzu birammbil falaq dan Qul a'uzu birabbin nas"; tiga kali apabila engkau berada pd waktu pagi dan tiga kali apabila engkau berada di waktu petang, supaya engkau terpelihara dan terselamat dari segala bahaya dan bencana."

Surah Al-Ikhlaas
Keterangan :

1)Surah ini diturunkan di Mekah, mempunyai 4 ayat.
2)Maksud Al-Ikhlaas = Tauhid yang sebersih-bersihnya
3)Tujuan diturunkan = Menerangkan mengenai keEsaan Allah Taala yang tiada bandingan dengan apa pun
4)Hal ini kerana jika manusia benar2 mentauhidkan Allah dgn sebenar2nya, maka dia akan menjadikan hukum2 Allah sebagai peraturan dalam hidupnya. Dan baik buruk amal seseorang adalah bergantung kpd aqidah kepercayaannya.

Surah Al-Falaq

Keterangan :

1)Diturunkan di Madinah, mempunyai 5 ayat.
2)Makna Al-Falaq = sekalian makhluk
3)Tujuan diturunkan = mengajar manusia memohon perlindungan dari segala jenis bahaya yang zahir; yg datangnya dari makhluk2 Allah, sama ada yg terdapat pd malam hari yg gelita, atau yg datang dari makhluk berjiwa kotor spt ahli sihir atau dari khianat dan hasad dengki.
4)Dalam surah ini, kita disuruh supaya memohon pertolongan hanya dari Allah pencipta sekalian makhluk. Antara bahaya yg diterangkan dalam surah ini ialah :-

Pertama - Bahaya yang datang dari kejadian gelap, gelap malam menjadi peluang kpd makhluk jahat keluar dan melakukan kejahatan, sedangkan jalan untuk mendapatkan pertolongan adalah terhad di malam hari.

Kedua - Bahaya yang datangnya dari makhluk2 berjiwa kotor, yang berusaha membuat fitnah melonggarkan simpulan i'tiqad,menghuraikan ikatan muhibbah, meruntuhkan rumahtangga, memecah-belahkan perpaduan kaum dan merosakkan masyarakat; ahli sihir juga tergolong dalam golongan ini.

Ketiga - bahaya yang datangnya dari tipu daya manusia dengan niat untuk menghapuskan sesuatu nikmat Allah yg ada pd seseorang. Orang begini tidak senang dgn berita kesenangan atau kejayaan atau nikmat yg orng lain dapat dan berusaha menghilangkan perkara tersebut dari orang yg mendapat nikmat itu, kerana dalam hati mereka ada perasaan hasad dan dengki yg tdk senang dgn kelebihan org lain.
       Dengki dan hasad adalah penyakit bagi hati. Dan penyakit ini akan menyebabkan byk perbuatan derhaka. Penyakit inilah yg menyebabkan iblis menjadi kafir (dengki dengan Nabi Adam a.s mendapat pangkat) dan menyebabkan Qabil membunuh Habil (dengki krn Habil mendapat isteri yang lebih cantik). Berhati2 dgn penyakit ini kerana ianya akan menghapuskan segala kebajikan yg kita kerjakan.

Surah An-Naas

Keterangan :

1)Diturunkan di Madinah, mempunyai 6 ayat.
2)Makna An-Naas = Manusia
3)Tujuan diturunkan = Surah Al-Falaq menyuruh kita memohon perlindungan dari bahaya yg zahir, tapi surah ini menyuruh kita memohon perlindungan dari bahaya batin (perasaan ragu2 dan sangkaan buruk) yang datangnya dari makhluk yg tdk kelihatan (syaitan atau jin) dan dari tipu daya manusia. Perasaan dan ingatan yg buruk itulah yg akan merosakkan i'tiqad kepercayaan, amal ibadah dan segala amalan hidup.
4)Ayat keempat bermaksud "dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam."
Keterangan : Yang "timbul" menjalankan bisikannya dan hasutannya apabila manusia lalai drpd mengingati perintah Allah dan hukum agama, dan "tenggelam" mengundurkan dirinya apabila seseorang ingt kpd Allah dan memikirkan balasan buruk yang disediakan Allah bg org yg melakukan kejahatan yg dibisikkan itu.

Waalahualam..

Sumber : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Kepada Pengertian Al-Quran). ms1744-1751.
http://abubasyer.blogspot.com/2013/03/tafsir-surah-al-ikhlas-ayat-1-4.html