Berita baik buat ibu bapa, guru-guru, Occupational Therapists dan mereka yang terlibat dengan kanak-kanak berkeperluan khas di Sabah. Satu bengkel yang bertajuk "Prestasi pembelajaran Anak Saya Membimbangkan, Bolehkah Dia Dibantu?" akan diadakan pada 19hb November 2016 (hari Sabtu), bertempat di Dewan Auditorium Hospital Queen Elizabeth 1.
Antara penceramah yang telah dijemput adalah Dr.Raziffah Abd Rahman, Timbalan Pengarah Hospital Mesra Bukit Padang, Pn.Mahfuzah Zainol, Timbalan Pengarah (Terapis Carakerja) Bahagian Pendidikan Khas, dan juga En.Yaakub Alip, Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Mesra Bukit Padang. Puan Mahfuzah Zainol adalah merupakan Pagawai Pemulihan Carakerja yang bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Bahagian Pendidikan Khas di Putrajaya. Selain itu, beliau juga aktif sebagai penulis buku bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti Panduan Terapi Carakerja untuk Murid Istimewa, Sensori
Dalam Pendidikan Khas dan banyak lagi. Beliau juga sering dijemput menjadi penceramah dan pendidik dalam kursus dan seminar berkaitan pemulihan carakerja dan pendidikan khas khususnya.
Antara topik yang akan dibincangkan adalah:
-Pengenalan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas
-Transformasi Pendidikan Khas di Malaysia
-Bagaimana membantu prestasi pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas
-Bagaimana membantu kanak-kanak berkeperluan khas yang tidak diterima masuk di sekolah
Selepas sesi ceramah, bengkel praktikal bersama peserta dan penceramah juga akan diadakan. Sesi ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi dan dijangka tamat pada pukul 3.00 petang.
Yuran penyertaan bagi peserta individu adalah sebanyak RM50 dan manakala yuran penyertaan berkumpulan (minima 5 orang peserta) hanyalah RM45 seorang.
Bengkel ini adalah anjuran Child Intervention & Enrichment Centre, Hospital Mesra Bukit Padang yang merupakan satu-satunya unit rawatan kanak-kanak berkeperluan khas di Hospital Mesra.
Peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini bolehlah menghubungi kakitangan unit CIEC ditalian 088-240985 sambungan 166 atau menggunakan aplikasi whatsapp Puan Rusminah Osnain (012-8265494) atau Puan Normala Martin (0128033654). Para peserta boleh mendaftar secara manual dengan mengisi borang di CIEC, Hospital Mesra Bukit Padang sebelum tarikh 30hb Oktober 2016. Bagi memudahkan para peserta, pendaftaran juga boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan pembayaran yuran atas talian.
Pendaftaran menggunakan aplikasi WhatsApp.
Lengkapkan maklumat berikut:
Nama penuh :
Nombor telefon :
No ic:
Bayaran yuran : RM
Bank (sekiranya pembayaran secara online) :
Tarikh pembayaran:
Masa pembayaran:
No rujukan :
Pembayaran boleh dilakukan secara online kepada Bendahari Bengkel ini iaitu Pn.Annitrah Yombulin dan resit pembayaran perlu disertakan sebagai bukti pembayaran.
160063362245-Maybank
7037692937 - CIMB
email: anithluv_88@yahoo.com
Hp : 0168395330