Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.. lamanya ndak menulis..
kali ni mau membuat perkongsian berbentuk ilmiah kononnya.. last Friday sudah bentang benda ni dalam cpd hospital. actually Hippotherapy ni merupakan aktiviti bulanan yang diadakan di tempat kami. tempatnya di mana ya? dirahsiakan.. hohoho... maklumat ni diperolehi daripada guru terbaik ku, Mr & Mrs Google.. pls jangan KECAM.. yang betul kita kongsikan, yang kurang tepat kita betulkan.. saya budak baru belajar.. :)
HIPPOTHERAPY
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Hadis riwayat Bukhari/Muslim)
“Kalki awatara adalah wisnu terakhir
pada zaman gelap. Menurut kepercayaan Hindu, Kalki adalah awatara berkuda
putih, memiliki pedang berkilat yang memusnahkan kejahatan dan menghancurkan
iblis seterusnya memulakan zaman baru”
Hippotherapy merujuk kepada
terapi yang digunakan oleh Jurupulih Perubatan Carakerja, Fisioterapi dan
Terapi Pertuturan. Dengan menggunakan bukti dan hujah klinikal, terapi berkuda
digunakan untuk merangsang deria, neuromotor dan sistem kognitif (American
Hippotherapy Association (AHA).
Hippotherapy diambil dari bahasa
Yunani iaitu Hippos yang bermaksud rawatan dengan menggunakan bantuan kuda. Terapi
pula bermaksud rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah mengalami sebarang
penyakit atau kecederaan bertujuan untuk mengembalikan kefungsian badan secara
normal (Mosby 2001). Terapi berkuda pula bermaksud rawatan yang menjadikan kuda
terlatih sebagai “kenderaan” teraputik untuk meningkatkan keseimbangan dan
pengawalan sendi dan otot seseorang (Farex, 2001). Ia telah mula diperkenalkan
sebagai kaedah rawatan formal sejak tahun 1960 (Pavlides,2008).
KENAPA KUDA?
·
Cara kuda berjalan unik, berubah-ubah,
berulang-ulang dan berirama
·
Memberikan input deria ke otak dan sistem saraf.
·
Cara pergerakan dan penggunaan otot pelvis
manusia dan kuda ketika berjalan adalah sama.
·
Purata kuda berjalan dalam seminit adalah lebih
kurang 120 langkah seminit , membolehkan individu merasai pengalaman sebanyak
120 pergerakan yang tidak boleh ditiru oleh perkakas atau peralatan lain.
·
Akan dibantu oleh individu terlatih dan sesuai
dengan keadaan pesakit.
·
Persekitaran dan pengalaman berbeza, tidak
seperti persekitaran hospital yang sama
SERBA SEDIKIT SEJARAH MENGENAI HIPPOTHERAPY.
Pada tahun 1969, North American
Riding for the Handicapped Association (NARHA) secara rasminya telah ditubuhkan
(Chandler, 2005; Fine, 2006) dan pada masa itu, terapi berkuda telah dijadikan
sebagai kaedah rawatan utama di Green Chimney Children’s Residential Treatment
Services. Di New York , kuda bukan sahaja dijadikan sebagai “alat bantuan
rawatan teraputik” yang membantu kanak-kanak dalam aspek emosi, tingkahlaku dan
perkembangan, malah kuda juga dipelihara untuk meningkatkan kesihatan mental
(Levinson, 1972;Pavlides, 2008). Pada tahun 1992, American Hippotherapy
Association (AHA) telah dibentuk bagi menyediakan satu forum pendidikan,
komunikasi dan penyelidikan antara profesional kesihatan menggunakan pergerakan
kuda dalam rawatan. Pada masa kini, terapi berkuda telah dijadikan sebagai
modaliti rawatan yang meluas. Ia bukan sahaja digunakan untuk merawat masalah
kanak-kanak seperti ADHD, autisme, cerebral palsy, masalah perkembangan
dan sindrom down, bahkan juga dijadikan
rawatan untuk masalah demensia , kemurungan, kecederaan otak trauma, isu-isu
tingkah laku, isu-isu penderaan, gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) ,
ketagihan alkohol, dadah dan kesihatan mental yang lain (National Center For
Equine Centered Therapy, 2013).
BEZA HIPPOTHERAPY DAN
MENUNGGANG KUDA BIASA
·
Sesi Hippotherapy mesti dilakukan oleh Doktor
Perubatan, Jurupulih perubatan Carakerja, Fisioterapi atau Terapi pertuturan
yang berdaftar sahaja
·
Hippotherapy mensasarkan “functional outcomes”
·
Kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas sahaja
SESUAI UNTUK MASALAH
·
Attention Deficit Disorder
·
Autism
·
Cerebral Palsy
·
Developmental Delay
·
Down Syndrome
·
Emotional Disorders
·
Multiple Sclerosis
·
Muscular Dystrophy
·
Paralysis
·
Scoliosis
·
Spinal Bifida
·
Traumatic Brain Injury
FAEDAH HIPPOTHERAPY
FIZIKAL
·
Meningkatkan
keseimbangan dan kekuatan otot
• Meningkatkan
koordinasi dan refleks
• Meningkatkan
kawalan otot
• meningkatkan
kawalan postur badan
• mengurangkan
spasticity
• meningkatkan
ROM sendi
• meningktakan
ketahanan system otot dan kardivaskular
• merangsang
perkembangan sensori
• meningkatkan
persepsi visual
• meningkatkan
perkembangan gross dan fine motor
PSIKOLOGIKAL
• Meningkatkan
keyakinan diri
• Meningkatkan
self-esteem dan self-image
• Meningkatkan
kesabaran
• Meningkatkan
kawalan emosi dan disiplin
• Meningkatkan
kebolehan menerima risiko
• Meningkatkan
skill social dan interpersonal skills
• Mengurangkan
stress
• Meningkatkan
kebolehan multitasking
Marko sky, C.J. (2011)
BAGAIMANA
HIPPOTHERAPY MEMBANTU PERKEMBANGAN MANUSIA?
·
Pergerakan pelvis manusia lebih kurang sama
dengan pergerakan pelvis seekor kuda. Ketika berjalan, pelvis akan bergerak ke
depan, ke belakang, ke sisi dan berputar (rotation)
·
Apabila kuda berjalan, pelvis mereka juga
bergerak menggunakan 3 dimensi yang sama
·
Haba dan pergerakan badan kuda membantu
mengurangkan ketegangan otot.
BAGAIMANA
HIPPOTHERAPY DAPAT MEMBANTU?
·
Menunggang kuda menggalakkan manusia untuk
bergerak dengan lebih baik berbanding dengan peralatan yang lain kerana apabila
kuda bergerak, otot manusia secara tidak langsung akan menjadi aktif untuk
mengekalkan postur badan (stay upright and centered).
·
Otot yang kuat akan menggalakkan kawalan motor
halus dan juga menggalakkan pertuturan.
·
Aktiviti menyentuh/ memberus badan kuda
a.
Establish rapport
b.
Mengurangkan rasa takut terhadap haiwan/haiwan
berbulu
c.
Menggalakkan pertuturan – bercakap dengan kuda
·
Aktiviti Menunggang kuda
a.
Mengekalkan postur badan
b.
Meningkatkan keseimbangan badan
c.
Menggalakkan koordinasi badan
d.
Meningkatkan ketahanan badan
KONTRAINDIKASI
ORTOPEDIK
·
Orthopedic –
·
Atlantoaxial Instability-describe neurologic symptoms
·
Coxa Arthrosis
·
Cranial Deficits
·
Heterotropic Ossification/Myositis Ossificans
·
Joint Subluxation/dislocation
·
Osteoporosis
·
Pathologic Fractures
·
Spinal Fusion/Fixation
·
Spinal Instability/Abnormalities
NEUROLOGI
·
Hydrocephalus/Shunt
·
Seizure
·
Spina Bifida/Chiari II Malformation/Tethered
Cord/Hydromeli
MEDIKAL/PSIKOLOGIKAL
·
Allergies
·
Animal Abuse
·
Physical/Sexual/Emotional Abuse
·
Blood Pressure Control
·
Dangerous to self or others
·
Exacerbations of medical conditions
·
Fire Settings
·
Heart Conditions
·
Hemophilia
·
Medical Instability
·
Migraines
·
Respiratory Compromise
·
Recent Surgeries
·
Substance Abuse
·
Thought Control Disorders
·
Weight Control Disorders
·
Age-under 2 years
KELEMAHAN
HIPPOTHERAPY
·
Tidak diluluskan oleh Insurans Perubatan
·
Menggunakan kos yang mahal
·
Bahaya
·
Masih dijadikan sebagai rawatan percubaan
·
Masalah cuaca
Gambar di atas adalah Tn. Haji Awang Shamsi, Manager Sabandar Leisure Rides, lokasi aktiviti Hippoterapy dijalankan. Beliau sedang memberikan taklimat keselamatan sebelum aktiviti Hippotherapy dijalankan. Tolong promote sikit.. :p
LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN
·
· Mestilah sihat tubuh badan
WAJIB Mengisi borang Akuan dan kebenaran ibu
bapa/penjaga
·
Telah diberikan taklimat keselamatan
·
WAJIB menggunakan helmet
·
Tidak dibenarkan menyentuh/ berdiri di belakang kuda
·
Tidak dibenarkan membuat bunyi yang kuat di atas kuda
Cuaca baik