As salam semua.. Terbangun ku di subuh yang hening ini.. Actually sudah bangun sejak pukul 2am tadi. Terjaga masa mr.hubby balik rumah, baru balik dari tengok Sabah Drag 2015. Sabah Drag tu sukan lumba motor dan kereta atas jalan, lebih kurang macam lumba halal dan lebih sihat la (malas mo explain pepanjang). Malam ni badan rasa sakit-sakit. Mungkin lenguh sebab seharian mengendong c adik yang sudah seminggu kurang sihat (3hari lalu demam panas, sekarang ni tumbuh ruam panas pla).. Kesiannnn adik.. Tapi biasa la, orang tua kata, budak kalau membesar, memang selalu xsihat. Dengan belajar berdiri sendiri, tumbuh gigi, walaupun umurnya baru 7 bulan 18hari hari ni. Mak pula fracture proximal of humerus. Minggu lepas jatuh masa bermalam di rumah abang. Pastu ditambah lagi dengan kesibukan berpindah rumah sebab hujung bulan ni due date bagi kitorang yang tidak diluluskan penyambungan menduduki kuartes. Terpaksa la berpindah ke rumah sewa. Ada-ada saja kejadiannya bulan ni. Whatever la orang bilang.. Ambik positive semuanya.. Mudah-mudahan, dan pasti, ada hikmah tersembunyi disebaliknya..
Opss, jauh melencong dari tajuk di atas pula. Sudah terlanjur bangun tu, pegang-pegang HP, buka fb, check WhatsApp dan sebagainya. Menggoogle lagi.. Bila search pasal surah qul, terbaca la satu blog mengenai khasiat 3 qul yang dijadikan sebagai pendinding. Rasa amat tertarik untuk berkongsi manfaatnya. So, untuk itu, terjadi la aktiviti copy mengopy.. Kandungannya seperti berikut di bawah ini...
Surah Pelindung. (Tiga Qul)
Riwayat Hadis Imam Muslim :-
Nabi Muhammad S.A.W menyatakan bahawa ayat2 dalam surah ini (surah Al-Falaq dan surah An-Naas) tidak ada tolok bandingnya untuk seseorang memohon pertolongan kpd Allah Taala dari segala jenis bahaya.
Riwayat oleh At-Tirmidzi, Abu Daud dan An-Nasa'i :-
Bacalah surah2 : "Qul hua Allahu ahad, Qul a'uzu birammbil falaq dan Qul a'uzu birabbin nas"; tiga kali apabila engkau berada pd waktu pagi dan tiga kali apabila engkau berada di waktu petang, supaya engkau terpelihara dan terselamat dari segala bahaya dan bencana."
Surah Al-Ikhlaas
Keterangan :
1)Surah ini diturunkan di Mekah, mempunyai 4 ayat.
2)Maksud Al-Ikhlaas = Tauhid yang sebersih-bersihnya
3)Tujuan diturunkan = Menerangkan mengenai keEsaan Allah Taala yang tiada bandingan dengan apa pun
4)Hal ini kerana jika manusia benar2 mentauhidkan Allah dgn sebenar2nya, maka dia akan menjadikan hukum2 Allah sebagai peraturan dalam hidupnya. Dan baik buruk amal seseorang adalah bergantung kpd aqidah kepercayaannya.
Surah Al-Falaq
Keterangan :
1)Diturunkan di Madinah, mempunyai 5 ayat.
2)Makna Al-Falaq = sekalian makhluk
3)Tujuan diturunkan = mengajar manusia memohon perlindungan dari segala jenis bahaya yang zahir; yg datangnya dari makhluk2 Allah, sama ada yg terdapat pd malam hari yg gelita, atau yg datang dari makhluk berjiwa kotor spt ahli sihir atau dari khianat dan hasad dengki.
4)Dalam surah ini, kita disuruh supaya memohon pertolongan hanya dari Allah pencipta sekalian makhluk. Antara bahaya yg diterangkan dalam surah ini ialah :-
Pertama - Bahaya yang datang dari kejadian gelap, gelap malam menjadi peluang kpd makhluk jahat keluar dan melakukan kejahatan, sedangkan jalan untuk mendapatkan pertolongan adalah terhad di malam hari.
Kedua - Bahaya yang datangnya dari makhluk2 berjiwa kotor, yang berusaha membuat fitnah melonggarkan simpulan i'tiqad,menghuraikan ikatan muhibbah, meruntuhkan rumahtangga, memecah-belahkan perpaduan kaum dan merosakkan masyarakat; ahli sihir juga tergolong dalam golongan ini.
Ketiga - bahaya yang datangnya dari tipu daya manusia dengan niat untuk menghapuskan sesuatu nikmat Allah yg ada pd seseorang. Orang begini tidak senang dgn berita kesenangan atau kejayaan atau nikmat yg orng lain dapat dan berusaha menghilangkan perkara tersebut dari orang yg mendapat nikmat itu, kerana dalam hati mereka ada perasaan hasad dan dengki yg tdk senang dgn kelebihan org lain.
Dengki dan hasad adalah penyakit bagi hati. Dan penyakit ini akan menyebabkan byk perbuatan derhaka. Penyakit inilah yg menyebabkan iblis menjadi kafir (dengki dengan Nabi Adam a.s mendapat pangkat) dan menyebabkan Qabil membunuh Habil (dengki krn Habil mendapat isteri yang lebih cantik). Berhati2 dgn penyakit ini kerana ianya akan menghapuskan segala kebajikan yg kita kerjakan.
Surah An-Naas
Keterangan :
1)Diturunkan di Madinah, mempunyai 6 ayat.
2)Makna An-Naas = Manusia
3)Tujuan diturunkan = Surah Al-Falaq menyuruh kita memohon perlindungan dari bahaya yg zahir, tapi surah ini menyuruh kita memohon perlindungan dari bahaya batin (perasaan ragu2 dan sangkaan buruk) yang datangnya dari makhluk yg tdk kelihatan (syaitan atau jin) dan dari tipu daya manusia. Perasaan dan ingatan yg buruk itulah yg akan merosakkan i'tiqad kepercayaan, amal ibadah dan segala amalan hidup.
4)Ayat keempat bermaksud "dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam."
Keterangan : Yang "timbul" menjalankan bisikannya dan hasutannya apabila manusia lalai drpd mengingati perintah Allah dan hukum agama, dan "tenggelam" mengundurkan dirinya apabila seseorang ingt kpd Allah dan memikirkan balasan buruk yang disediakan Allah bg org yg melakukan kejahatan yg dibisikkan itu.
Waalahualam..
Sumber : Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Kepada Pengertian Al-Quran). ms1744-1751.
http://abubasyer.blogspot.com/2013/03/tafsir-surah-al-ikhlas-ayat-1-4.html