Tuesday, 17 March 2015

Petua lepas bersalin

Assalamualaikum semua...
Wow,berderet entry kena pos hari ni. Bukan sebab rajin, tapi sebab kebetulan cuti dan ada masa lapang. Lagipun, kesian tengok blog yang dah berhabuk dan sunyi hingga diselaputi sawang labah-labah. Actually, entry ni dah lama tapi cuma sempat save as a draft. Sibuk berpantangkan...
Alhamdulillah, sedar tak sedar, my new born baby sekarang dah berumur 4 bulan lebih, 3hb September ni genap umurnya 5 bulan. Ni my 2nd daughter ya.. Yang sulung tu pun girl, so dua-dua pun girl. Ingatkan kalau dapat baby boy, boleh la sepasangkan tapi apapun alhamdulillah, lelaki perempuan, semua tu rezeki Allah swt kasi. Masing-masing ada rezekinya. Yang penting, sihat tubuh badan akal dan fikiran serta sempurna tubuh badan pun alhamdulillah.. Rasulullah saw pun suka anak perempuan kan.. No worries.. Selagi bernyawa, masih boleh tambah kuota. In sha Allah...Hohohoho...
Oh ya, selama berpantang, memandangkan ni anak kedua, so aku lebih prepared dan ada lebih pengalaman. Set berpantang Mustika Ratu dan Bengkung zip zag sudah beli, air selusuh anugerah pun ready, baju baby (cuma tambah yang patut sebab baju anak yang sulung banyak lagi- jimat), dll semua ready. Tapikan, walaupun semua ready, bila lepas bersalin, semua yang plan berpantang tu tidak berjalan seperti yang dirancang. Ditambah dengan masalah baby jaundice, berpantang menggunakan herba terpaksa ditangguhkan. Dipendekkan cerita, aku cuma ingat pakai bengkung selepas luka jahitan sembuh, dan guna set berpantang (herba yang perlu
dimakan) selepas baby bebas dari jaundis. Alhamdulillah, hasil berpantang baby kali ni jauh lebih bagus dari hasil berpantang anak pertama. Bab makan memang kena jaga, kesihatan pun jangan dilupa. Syukur ada encik hubby yang tolong beli pati ikan harwany, membantu menyembuhkan luka episiotomi dengan lebih cepat.

Ni ada petua yang sempat dikongsi untuk panduan buat ibu-ibu berpantang (share dari page anugerah Quran). Semua bermanfaat

Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan:

1. Mengambil herba-herba tradisional

Herba-herba tradisional sememangnya diketahui mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri untuk membantu ibu-ibu yang melahirkan anak untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang ideal.

Selesai sahaja melahirkan anak, ibu akan melalui rawatan secara berstruktur yang dipanggil berpantang. Ia berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu.

Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.

Di antara herba-herba yang boleh diambil adalah seperti:

Temulawak – mengeluarkan toksin dari hati, mengawal kandungan lemak dan kadar kolesterol di dalam badan, mengurangkan kekejangan otot, dan mengawal masalah keputihan.
Lada pintal – menghilangkan bau badan dan mengurangkan masalah keputihan.
Kayu serapat – membantu kesihatan rahim yang optimum, mengurangkan kegatalan dan keputihan, membantu melancarkan kitaran haid dan sebagai awet muda.
Tahi angin – melancarkan peredaran dara, mengurangkan masalah angin meroyan dan mengurangkan masalah jangkitan kuman pada kulit.
Sireh – baik untuk mengurangkan masalah keputihan, menstabilkan kitaran haid dan menghilangkan kegatalan.
Manjakani – membantu menegangkan otot faraj, menganjalkan kulit selepas bersalin, baik untuk menegangkan payu dara dan menstabilkan hormon.
Memang banyak lagi herba-herba yang boleh diambil oleh ibu-ibu yang bersalin. Terdapat banyak pilihan untuk set bersalin lengkap untuk mereka yang tiada masa untuk menyediakan herba-herba ini di rumah.

2. Pemakaian bengkung untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal.

Penggunaan bengkung sudah sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia masih dipakai oleh wanita-wanita yang bersalin sejak zaman-berzaman. Seiring dengan perkembangan zaman, bengkung telah mengalami inovasi tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita bersalin. Bengkung moden sekarang bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang malah ia direka khusus untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada tubuh badan.

Bengkung baik untuk:

– mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin.
– mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
– menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
– menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
– menghalang peranakan daripada ‘turun’.

3. Mengambil makanan yang berkhasiat.

Ibu-ibu yang bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang mengandungi air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.

Ibu-ibu digalakkan untuk melebihkan memakan pelbagai jenis buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan kembali vitamin-vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekalkan tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Produk-produk tenusu seperti susu dan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan.

4. Sentiasa menyusukan anak.

Menyusukan bayi bukan hanya bermanfaat untuk bayi, malah baik kepada ibu juga. Ia boleh membakar lebih banyak kalori, membolehkan berat badan turun semasa berpantang. Ia juga baik untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan tulang rapuh.

5. Kerap bersenam

Jika anda inginkan tubuh badan yang cantik selepas berpantang, cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.Cukup dengan melakukan senaman ringan seperti senaman aerobik selama 30 minit 3 kali seminggu. Jika anda tidak tahu senaman apa yang anda boleh lakukan, sibukkan diri anda dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.